Menyambut Kelahiran, Bercukur, Tahniq, Aqiqah, Qurban

Di antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan.
(i) Azankan ditelinga sebelah (kanan) perlahan-lahan dan iqamah di telinga (kiri).
(ii) Urinya ditanam di tempat yang sesuai. ( tanam sahaja tiada apa-apa tambahan-jangan lakukan perbuatan yang karut)
(iii) Pada hari ketujuh sunat dilakukan;

(a) Dicukur rambutnya, ( cukur sampai bersih bukan buat syarat sahaja).

(b) Diberi nama yang baik ,

(c) Tahniq atau belah mulut ( iaitu memberi rasa sedikit manisan buah kurma yang digaulkan dengan air zam-zam) dan

(d) Membuat aqiqah ( Empat perkara ini sunat dibuat pada hari tersebut) – Untuk Aqiqah diberi tempoh sehingga sebelum baligh – Jika kanak-kanak itu telah baligh tetapi aqiqah tidak pernah dilakukan akhirnya menjadi tanggungjawab dirinya sendiri.

Panduan Tahniq:

Tahniq yang dilakukan Oleh Nabi Muhammad.s.a.w. adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyahNya ke lelangit bayi. Ini dilakukan untuk mendapat berkat kebaikan yang sentiasa ada pada Nabi dan diharapkan anak yang ditahniq itu akan berakhlak baik .

Cara yang baik dilakukan di dalam masyarakat kita sekarang ini ialah dengan memberikan tugas bertahniq ini kepada orang yang berakhlak baik (solih). Buah kurma (tamar) itu dikunyah dahulu oleh orang melakukan tahniq kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi sehingga menyentuh lelangitnya. Buah kurma tadi elok digaulkan dengan sedikit air zam-zam. Diharapkan bayi ini akan mewarisi akhlak orang yang melakukan tahniq. Oleh itu kita perlulah memilih orang yang akan melakukan tahniq seorang yang diyakini berakhlak baik (solih).

Merujuk kepada rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.

IBADAT AQIQAH:

Pengertian Aqiqah:

Erti aqiqah dari segi bahasa Arab ialah rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawa bersama kelahirannya.

Manakala pengertian atau taa’rif dari segi istilah atau hukum syarak ialah ” Penyembelihan haiwan yang tertentu untuk manfaat anak, disamping bercukur rambut dan memberi nama anak tersebut”.

Hukum Aqiqah: Mengikut pendapat Imam Syafie ibadat aqiqah ini adalah Sunat Muakkad.
Continue reading

Advertisements