PTPTN 20% vs 4% caj perkhidmatan

Salam,

Terpanggil plak nak buat entri nie selepas pembentangan Bajet 2013, Sebagai peminjam yg tak bayar x habes bayar lagi aku amat bersyukur lah dengan pengumuman tu. Insyaallah aku akan habiskan baki pinjaman tu dalam masa se’taun nie.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

Yang di gembar gemburkan dulu pun pasal caj perkhidmatan 1% – 4% tu. So, dari segi perkiraan, dah tak jadi mcm along lah, malah bayaran pun akan lagi berkurangan dari jumlah pinjaman.

 

PTPTN 20% diskaun

Hapus PTPTN ?

“Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

“Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?,” katanya lagi.

Ya allah jangan lah engkau pesongkan kami setelah engkau memberi petunjuk. Engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

 

Lunaskan Pinjaman PTPTN

Target tahun nie (2012) nak lunaskan bebanan hutang PTPTN.

Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Keluar dari kepompom riba, Insyallah dengan izinnya.,

Sokong Sepenuhnya: PTPTN

“Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.”

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=527:kelantan-mahu-hapus-hutang-ptptn-rakyat-jika-dapat-royalti-minyak&catid=1:latest-news