PTPTN 20% vs 4% caj perkhidmatan

Salam,

Terpanggil plak nak buat entri nie selepas pembentangan Bajet 2013, Sebagai peminjam yg tak bayar x habes bayar lagi aku amat bersyukur lah dengan pengumuman tu. Insyaallah aku akan habiskan baki pinjaman tu dalam masa se’taun nie.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

Yang di gembar gemburkan dulu pun pasal caj perkhidmatan 1% – 4% tu. So, dari segi perkiraan, dah tak jadi mcm along lah, malah bayaran pun akan lagi berkurangan dari jumlah pinjaman.

 

PTPTN 20% diskaun

Hapus PTPTN ?

“Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

“Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?,” katanya lagi.

Ya allah jangan lah engkau pesongkan kami setelah engkau memberi petunjuk. Engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

 

Advertisements

Pinjaman PTPTN; Bayaran Ansuran

“Bersama-sama ini saya sertakan satu (1) salinan termeterai Saman bertarikh 01hb November 2010 serta satu (1) salinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 10hb Ogos 2010 serta notis Kehadiran.”

“Mahkamah Majistret telah menetapkan sebutan kes ini pada 03hb Januari 2011 pada pukul 8.30 pagi dan pihak tuan telah di wajibkan hadir pada tarikh tersebut.”

Terkedu jugak aku melayan baca surat tawaran yang pedas dari Advocates & Solicitors lantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN.

Langsung aku teringatkan masa mula nak study dulu, bukan main nak rak dok naik turun naik turun untuk dapatkan pinjaman. Masa tu memang berniat pinjam nak bayar, bagi apa pun terus tandatangan, tak cukup dengan tu habis contact untuk dapatkan tandatangan penjamin. Masa tu memang susah nak dapat pinjaman, al-maklumlah ekonomi tengah merundum, gawat. Aku apply loan nie tahun 1998, setahun kemudian baru dapat. Meeemangg suffer.

Pada zaman-zaman tu caj perkhidmatan (tak di panggil interest) di kenakan sebanyak 4% dari jumlah keseluruhan. Kemudian di turunkan kepada 3% dan baru-baru nie telah di turunkan lagi kepada 1%, (tapi kepada pelajar yang belum merima apa-apa surat saman).

Dari situlah aku rasakan masih ada transformasi kerajaan yang masih di simpan iaitu meng “convert” kan pinjaman tersebut kepada biasiswa… who know the future situation kan?

Tapi belum pun sempat aku sediakan payung, mendung berarak telah pun menitiskan kesayuannya, sekarang hanya tunggu banjir melanda. Pergh… sekali sekala bermadah dalam hujan.

Air mata

Sedih...

Susulan dari itu aku telah mengarang baik surat rayuan kepada perbadanan untuk membuat pembayaran secara ansuran. Harap-harap dapat lah pihak pengurusan perbadanan mepertimbangkan permohonan tu.

Mutiara kata ;

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :

“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”. Di petik dari laman web PTPTN.

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN-2

Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan keceriaan. Nantikan susulan jawapan dari Mahkamah Majistret dan PTPTN