AMALAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MELAYU.

Biar Mati Anak? Jangan Mati Adat!… Berikut adalah di antara amalan-amalan yang masih di per-adatkan oleh sesetengah pihak tanpa mengira nas-nas dan hukum syarak.

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat

Budaya Dunia

1. Majlis bersanding; apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satukewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkanDewa Rama dan Dewi Sita.

2. Kenduri kerana kematian; Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, Continue reading

Advertisements

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Artikel yang dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise. Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya.

Antara doanya ialah: “ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan “ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah Rasulullah SAW sabdanya Continue reading

KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

” Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya ”

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar “Maqalad as-Samawi wal-Ard” yang bererti “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”. Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit – mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:- Continue reading

Peristiwa; Maulidurasul 1432/ 2011

Sallallahu ala muhammad; Sallallahu alai wasallam.

 

Selamat menyambut Maulid (Kelahiran) Rasullullah S.A.W.

Bersama-samalah kita meningkatkan rasa kecintaan kita kepada junjungan Penghulu seluruh ummat dengan memperdengarkan rangkaian selawat, darud dan pujia-pujian.

 

Selawat Nabi

Selawat Ke atas nabi

Semoga cara hidup/ gaya hidup kita senantiasa diiringi dengan barakah.

Selamat Menyambut Mauliddurrasul 1432/ 2011. {1 Malaysia 1 Ummah}

Trip ke Kukup & Seafood’s dinner @Tanjung Piai.

Hujung Asia; Huh dah boring layan citer TV dan DVD cetak rompak separuh hari, tetiba rasa cam dah tepu fikiran, asyik dok melepak kat dalam rumah. Hhmmm.. masa  aku aku tengah dok buat rutin mingguan housekeeping tadi, adalah Mat Bangla bagi salam, pas tu gitau “ Bang itu rumput sudah bnyak panjang, kasi mesein habes lah…”. Lepas nego, dapatlah RM15 sekali dengan dia buat clearance.

 

Pembersihan laman

Sambil tu aku surfing tenet dan tervisit lah blog Tanjung Piai . Idea yang bagus gak nie, at least adalah aktiviti untuk untuk kami (Wife & little doter). Diorang nie ‘On’ jer kalau aku menyurakan pendapat untuk pergi ambik sightseeing.

Dari Pasir Gudang, 1616 terus menyusur highway dengan bantuan mobile GPS. Dah jadi cam kebiasaan, jalan nie memang tak sah kalau tak ada excident, tambahan kalau musim hujan cam skrang nie. So kenalah sentiasa berhati-hati dan selalu ingat orang yang tersayang.

 

Lori terbabas @Pasir Gudang Highway

Dah sejam lebih perjalan, kami singgah jap utk Fardhu Asyri di salah sebuah Masjid Jamek Kg Parit Raja. Masjid ini amat terjaga rapi dari segi kebersihan dan susun aturnya. Di papan kenyataannya ada menyatakan ia telah telah siap di tubuhkan pada tahun 1959. Perghh… lama dah tu, 2 tahun selepas tanggal keramat 31/8/1957.

 

Masjid pra-merdeka

Di negeri Johor ni memang terkenal dengan produk tanaman Nenas, munkin sebab itulah ada Muzium Nenas kat pontian nie, selain itu tu ada juga Muzium Bugis kat sini, tapi aku tak pegi situ pun, next trip lah.

Dengan kilometer 92km (Dah jadi satu marhalah J) kami sampai di Jeti Feri Kukup. Kat sini munkin boleh di katakan syurga bagi penggemar Seafood. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ala2 atas laut dengan pemandangan perkampungan nelayan. Tersapa aku dengan Pak Ali yang berkerja di jeti tersebut. Katanya, jeti nie menyediakan transit untuk ke Tg. Balai dan hari ini majlis pelancaran untuk ke Pulau Batam. Dari pagi tadi ada tiket feri free untuk ke Batam bersempena pelancaran pembukaan.

 

Sunset @jetty Kukup

Selain itu di sini juga ada menyediakan chalet yang berharga sekitar dari RM70 – RM90 untuk kaki pancing melepaskan hajat masing-masing.

Perkampungan nelayan

Destinasi seterusnya adalah Resort Tg Tanjung Piai.

“Tanjung Piai adalah satu lokasi yang terletak di penghujung Tanah Besar Asia -1.26,103.5-.“

So, secara langsung telah menjadi eyes in the world, so rugi jugaklah kita orang Malaysia yang tak pernah sampai kat sini, especially kepada pencita Geography. Hahahaaaa…. nanti aku nak tanya ex-teacher geografi aku masa form 3.

Anyway, kita layan seafood dulu, dari petang tadi lagi dok mengidam Ketam Butter, Sotong goreng tepung, Sup campur berserta Jus Buahan. Jemput makan di Tg Piai Resort dengan tawaran harga yang berbaloi baloi.

Jalan-jalan test menu,

Selamat menjamu selera, yum yum yum…

Kredit to: Tanjung Piai Resort

Balik Kg January 2011 (Part 2 – Versi Debaran)

Article mengisi masa lapang aka Diary 2011. Sambungan part one, here.
Lanjutan dari posting Pinjaman PTPTN, here one of main objective trip new year adalah untuk menghadirkan diri ke mahkamah majisteret berkenaan dengan isu saman yang telah di failkan di mahkamah Majisteret Tumpat Kelantan.
Seawal jam 08:15 aku dah terpacak kat sana di iringi oleh Bonda di sayangi, isteri di cintai dan puteri tunggal yang amat di kasihi. Diorang ni telah bertindak sebagai pembakar semangat. Heheheee… (Actually next destination adalah ke pasar Tumpat & Bebas cukai Pengkalan Kubur).

Sebahagian Pasar Tumpat


Sementara tunggu Tuan Majisteret dan mahkamah bersidang sempat lah jugak aku saksikan beberapa babak yang biasanya tersiar dalam berita TV.

Pertama; Sorang polis datang dengan landrover PDRM dan turunkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari boot. Cerita punya cerita dia cakap barang kes kemalangan melibatkan kematian. Dia siap tunjuk helmet yang di penuhi dengan darah serta motosikal yang dah tak ada rupa motor lagi dah. Katanya mangsa pecah kepala dan meninggal di tempat kejadian. Bagaimanalah nasib keluarga tu yer. Kepada penunggang di luar sana pandulah hati2 dan ingatlah orang tersayang. Jangan sia-siakan anugerah yang di beri.

Kedua; Sliding pintu van PDRM di tarik kebelakang, kemudian melangkah lemah 6 remaja (Aku anggarkan awal 20an) siap ada rantai bertaut antara satu sama lain di iringi oleh pegawai polis.  Siap pakaian lokap warna unggu. Yang ini aku tak pasti apa kes nya. Suasana tiba-tiba menjadi muram dan sedih dengan keluarga suspek menitiskan air mata kesedihan, sayu, tiada apa yang boleh di lakukan pada tahap tersebut.

Berbalik kepada sebutan kes PTPTN, ada lagi 5 orang. 4 lelaki (termasuk aku.. hehehe) dan 1 wanita. Dah masuk dalam mahkamah yang mulia dan mengikuti prosiding macam biasa,  berdiri hormat masa tuan majistret masuk; Pertuduhan di baca dan faham. Hakim jatuh kan hukum. “Setelah di baca perrtuduhan terhadap kamu dan kamu telah fahami dan mengakuinya, oleh itu sila rujuk kepada peguam lantikan PTPTN untuk proses selanjutnya.” Heheeheee.. dah selamat satu perkara, boleh balik.
Sebelum masuk dalam perbicaraan tadi, awal2 lagi aku dah riki line dengan lawyer tu. So dia dah cakap lah procedure cemana nak settle kan bayaran secara ansuran.

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Next, nantikan episod seterusnya dalam “versi Gila & Sedih bangat.” Kesah aku merempit dalam bandar tanpa helmet dan terlepas flight…

Credit to everybody

Hahaha… Nama nak bestkan, sebenarnya tak ada kena mengena dengan credit pun, sama ada kredit prepaid ka, kad credit ka, debit & credit dalam akaun ka.. dan apa-apa lagilah.
Idea credit2u nie telah timbul setelah aku mendapat permasalahan dalam mengharungi liku-liku kehidupan. Nak di jadikan cerita, ada satu masa yang memang aku tak boleh nak lupakan, dan masa-masa seperti itu seperti kian hari semakin kerap mennjelma. Senang citer, masa yang aku maksudkan tu adalah ketika aku memerlukan pelbagai informasi dengan cepat dan tepat. Adushh… memang tak boleh blah bro, lagi-lagi kalau ada yang dok chasing kat belakang, lagi gelabah nak petik idea kat mana kalau dah macam dok atas bara. hehee. So, bermula dari itu lah aku cuba seragamkan semua informasi dalam Database dengan menciptakan kata kunci dan kod ID. Bunyi nyer macam aku dah ketinggalan zaman, coz ada yg kata “Benda2 macam nie org dah tau lama lah, kat luar sana nun cuba koa tanyakan kat budak sekolah rendah pun diorang tau dan boleh xplain panjang lebar lagi..”. Hmmmm…. betul jugak tu !!!. Memang betul. Tapi setelah aku dah belayar untuk 2 dekad yang sudah nie, benda macam tu hanya bermain di bibir aje, nak buktikan bahawa seseorang itu mengaplikasikan nya, cukup susah. Memang amat payah untuk buat benda2 yang temeh cenggitu.
Dalam pada itu lah aku nak gunakan teknologi ber- Blog nie bagi memudahkan aku simpan semua maklumat tak kira apa skali pun untuk senang buat rujukan. Teramat bagus untuk aku dan ku kirakan Bagus Untuk Semua.