PTPTN 20% vs 4% caj perkhidmatan

Salam,

Terpanggil plak nak buat entri nie selepas pembentangan Bajet 2013, Sebagai peminjam yg tak bayar x habes bayar lagi aku amat bersyukur lah dengan pengumuman tu. Insyaallah aku akan habiskan baki pinjaman tu dalam masa se’taun nie.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

Yang di gembar gemburkan dulu pun pasal caj perkhidmatan 1% – 4% tu. So, dari segi perkiraan, dah tak jadi mcm along lah, malah bayaran pun akan lagi berkurangan dari jumlah pinjaman.

 

PTPTN 20% diskaun

Hapus PTPTN ?

“Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

“Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?,” katanya lagi.

Ya allah jangan lah engkau pesongkan kami setelah engkau memberi petunjuk. Engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

 

Advertisements

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Cara-cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

Artikel yang dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise. Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim. Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya.

Antara doanya ialah: “ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan “ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah Rasulullah SAW sabdanya Continue reading

KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

” Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya ”

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar “Maqalad as-Samawi wal-Ard” yang bererti “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”. Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit – mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:- Continue reading

PROSEDUR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA

1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?  
Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.
  
2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?  
Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.
  
3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS? Continue reading

Cuti-cuti Malaysia – Pulau Pangkor, Perak

Cuti-cuti Malaysia – Pulau Pangkor, Perak

Feb 12, 2011. Weekend lagi…, Minggu sudahnya kengkawan Tiong Hua cuti panjang besempena CNY. Maklum lah semangat satu Malaysia, tambahan pula ber’Tauke’kannya. Ada jugak sipi-sipi angpow yg aku dapat; rejeki anak-anak & isteri-isteri.

Dalam pada tu ada gak kasi hangat isu tentang sambutan Hari Kekasih, org muda cakap Valentine. “Kalau dah tak nak dengar/ rujuk Ulamak ker Hustaz kerr, mmmm apa bleh buat, dah makin maju jugaklah jiran kita yang bertanduk tu…” x patutt…

Nak d’ kesahkan, minggu yg sama juga merupakan sambutan Maulidurrasul (Ini yang patut..).

Hmmm.. panjang lebar mukaddimah, oleh yang demikianlah trip kali nie luar dari tempat penginapan sementara.

Continue reading

Peristiwa; Maulidurasul 1432/ 2011

Sallallahu ala muhammad; Sallallahu alai wasallam.

 

Selamat menyambut Maulid (Kelahiran) Rasullullah S.A.W.

Bersama-samalah kita meningkatkan rasa kecintaan kita kepada junjungan Penghulu seluruh ummat dengan memperdengarkan rangkaian selawat, darud dan pujia-pujian.

 

Selawat Nabi

Selawat Ke atas nabi

Semoga cara hidup/ gaya hidup kita senantiasa diiringi dengan barakah.

Selamat Menyambut Mauliddurrasul 1432/ 2011. {1 Malaysia 1 Ummah}

Selamat Tahun Baru Cina 2011.

Selamat Tahun Baru Cina 2011.

Di ucapkan Selamat Tahun Baru (CNY) dan Selamat bercuti kepada seluruh Satu Malaysia khususnya kengkawan Tiong Hua.

Lagi tambah Prosperity lol  di tahun Labbit.

“Cilamat Hali Laya, Appy Niu Yarr, Gong Xi Fa Chai…”

Rabbit Year

Image credit from Gooooogle