Lunaskan Pinjaman PTPTN

Target tahun nie (2012) nak lunaskan bebanan hutang PTPTN.

Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Keluar dari kepompom riba, Insyallah dengan izinnya.,

Menyambut Kelahiran, Bercukur, Tahniq, Aqiqah, Qurban

Di antara perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan.
(i) Azankan ditelinga sebelah (kanan) perlahan-lahan dan iqamah di telinga (kiri).
(ii) Urinya ditanam di tempat yang sesuai. ( tanam sahaja tiada apa-apa tambahan-jangan lakukan perbuatan yang karut)
(iii) Pada hari ketujuh sunat dilakukan;

(a) Dicukur rambutnya, ( cukur sampai bersih bukan buat syarat sahaja).

(b) Diberi nama yang baik ,

(c) Tahniq atau belah mulut ( iaitu memberi rasa sedikit manisan buah kurma yang digaulkan dengan air zam-zam) dan

(d) Membuat aqiqah ( Empat perkara ini sunat dibuat pada hari tersebut) – Untuk Aqiqah diberi tempoh sehingga sebelum baligh – Jika kanak-kanak itu telah baligh tetapi aqiqah tidak pernah dilakukan akhirnya menjadi tanggungjawab dirinya sendiri.

Panduan Tahniq:

Tahniq yang dilakukan Oleh Nabi Muhammad.s.a.w. adalah menyuap atau memasukkan manisan (tamar) yang dikunyahNya ke lelangit bayi. Ini dilakukan untuk mendapat berkat kebaikan yang sentiasa ada pada Nabi dan diharapkan anak yang ditahniq itu akan berakhlak baik .

Cara yang baik dilakukan di dalam masyarakat kita sekarang ini ialah dengan memberikan tugas bertahniq ini kepada orang yang berakhlak baik (solih). Buah kurma (tamar) itu dikunyah dahulu oleh orang melakukan tahniq kemudian dimasukkan ke dalam mulut bayi sehingga menyentuh lelangitnya. Buah kurma tadi elok digaulkan dengan sedikit air zam-zam. Diharapkan bayi ini akan mewarisi akhlak orang yang melakukan tahniq. Oleh itu kita perlulah memilih orang yang akan melakukan tahniq seorang yang diyakini berakhlak baik (solih).

Merujuk kepada rambut yang dicukur tadi hendaklah ditimbangkan untuk mengetahui beratnya kemudian disedekahkan emas atau perak seberat timbangan tersebut kepada fakir miskin atau dinilai harganya dengan wang.

IBADAT AQIQAH:

Pengertian Aqiqah:

Erti aqiqah dari segi bahasa Arab ialah rambut yang tumbuh di atas kepala bayi yang dibawa bersama kelahirannya.

Manakala pengertian atau taa’rif dari segi istilah atau hukum syarak ialah ” Penyembelihan haiwan yang tertentu untuk manfaat anak, disamping bercukur rambut dan memberi nama anak tersebut”.

Hukum Aqiqah: Mengikut pendapat Imam Syafie ibadat aqiqah ini adalah Sunat Muakkad.
Continue reading

Tujuh Likur Untuk Warga Shah Alam – Solat Taraweh bersama tetamu jemputan

August 24, 2011 | Alhamdulillah dengan izinya telah menyempurnakan solat teraweh di Masjid Negeri; Shah Alam bersama tetamu jemputan dari Madinah. Kepada yang kelapangan masa boleh lah menghadirkan diri pada malam ke 26 hingga ke akhir ramadhon. Imam ada war-war kan setiap malam akhir ada tetamu jemputan dari Madinah, Mesir, Syiria dan termasuk peserta imam muda 5. Bersama mengimarakkan Ramadhan Al-mubarak 1432 dengan memperbanyakkan amalan2 demi keredhaan.

25/8- Sheikh Romi, Syria
26/8-Sheikh Mohd Munji, Mesir
27/8-Muktasim Billah, Syria

Masjid Shah Alam

Masjid Shah Alam

Bacaaan Sujud Sajadah

Bacaan Sujud Sajadah/ Tilawah.

Sujud tilawah yaitu sujud karena membaca atau mendengar ayat-ayat Al-Qur’an tertentu, yakni yang dinamakan ayat-ayat sajadah. Bacaan sujud tilawah:

سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

“Sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin.”

Artinya:
“Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang Membentuknya, yang Membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.”

Mengharap keredhaan-mu ya-allah, amin

Kewajipan dan Tanggungjawab LELAKI vs Wanita

Kewajipan dan Tanggungjawab LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak.

Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Ramai yang berpendapat, Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

WANITA :

  • Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  • Saksinya kurang berbanding lelaki.
  • Menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  • Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya.
  • Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Angkara Manusia | Jin | Facebook & Laman Sosial

Kesah benar | Kawan kepada Kawan kepadanya Sahabat saya merupakan ahli perubatan Islam, rakan seguru saya yang sedang belajar di UPSI. Beliau telah terpanggil untuk merawat seorang muslimah yang kerasukan di kolej kediaman. Selepas rukyah dan dibakar JIN yang menganggunya akhirnya ketua JIN muncul.
Maka sesi soal jawab pun bermula dan JIN tersebut akhirnya mengaku kalah.
Apabila diarahkan mengambil barang sihir, ianya amat memeranjatkan semua yang hadir semasa melihat rawatan itu, ketua JIN mengaku barang sihir tersebut adalah gambar yang diambil di dalam laman “FACEBOOK”.
Sahabat saya menyuruh JIN meninggalkan badan muslimah itu. Kemudian ibu bapa pelajar itu datang untuk bawa berubat di kampung halamannya. Mudahan pelajar itu cepat sembuh. Semoga pembaca budiman dapat ambil pengajaran daripada pengalaman perubatan Islam ini. Berhati-hati memuat naik (upload) gambar di laman web sama ada FB, MS, Twitter dan seibu bapanya. Semoga Allah lindungi kita dari syaitan yang dilaknat dan kita janganlah mencari penyakit..

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda :
“Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke lembah kebinasaaan”
______________________________________________________________________________________
MASUKNYA JIN KEDALAM TUBUH MANUSIA


Jin boleh merasuk dan masuk ke dalam diri manusia dengan berbagai-bagai cara dan manusia yang mengunakan khidmat Jin untuk melakukan pengkhianatan kepada manusia lain pun melalui berbagai cara.
Sebagaimana sebuah Hadis Rasulullah s.a.w yang telah diriwayatkan oleh Sayidah Syafiyyah binti Huyay , bahawa Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya :
” Sesungguhnya Syaitan ( Jin ) itu berjalan dalam tubuh anak Adam sebagaimana darah yang mengalir dalam tubuhnya “.
Continue reading