PTPTN 20% vs 4% caj perkhidmatan

Salam,

Terpanggil plak nak buat entri nie selepas pembentangan Bajet 2013, Sebagai peminjam yg tak bayar x habes bayar lagi aku amat bersyukur lah dengan pengumuman tu. Insyaallah aku akan habiskan baki pinjaman tu dalam masa se’taun nie.

Dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini, Najib berkata diskaun berkenaan sah untuk tempoh bermula 1 Oktober 2012 sehingga 30 September 2013.

Yang di gembar gemburkan dulu pun pasal caj perkhidmatan 1% – 4% tu. So, dari segi perkiraan, dah tak jadi mcm along lah, malah bayaran pun akan lagi berkurangan dari jumlah pinjaman.

 

PTPTN 20% diskaun

Hapus PTPTN ?

“Kita tahu tuan yang dipertua, ada pihak mencadangkan supaya hutang keseluruhan hutang PTPTN dimansuh.

“Ini adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, siapa yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN?

“Bukankah yang akan terbeban adalah rakyat Malaysia?,” katanya lagi.

Ya allah jangan lah engkau pesongkan kami setelah engkau memberi petunjuk. Engkau yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

 

Advertisements

Lunaskan Pinjaman PTPTN

Target tahun nie (2012) nak lunaskan bebanan hutang PTPTN.

Sabda Rasulullah: “Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) hingga dia menjelaskan hutangnya.”

Sabda Rasulullah: “Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah pada hari hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya.” (Hadis riwayat Bukhari, Tarmizi, An- Nasai’ dan Ibn. Majah)

Keluar dari kepompom riba, Insyallah dengan izinnya.,

Sokong Sepenuhnya: PTPTN

“Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata negeri itu akan menghapuskan hutang yang ditanggung warganya daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam perbahasannya di Konvensyen Pakatan Rakyat Ketiga di Alor Setar hari ini, Husam berkata bayaran itu akan dibuat sebaik Kelantan berjaya menuntut bayaran royalti minyak daripada kerajaan persekutuan.

Kenyataannya itu bagi menjawab satu cabaran yang dikemukakan seorang wakil pelajar di konvensyen berkenaan dalam sesi terdahulu.

Husam mengulas, hutang yang akan dilupuskan itu melibatkan jumlah yang dipinjam oleh pelajar berkenaan sejak tahun 2005.”

http://www.husammusa.com/v10/index.php?option=com_content&view=article&id=527:kelantan-mahu-hapus-hutang-ptptn-rakyat-jika-dapat-royalti-minyak&catid=1:latest-news

Balik Kg January 2011 (Part 2 – Versi Debaran)

Article mengisi masa lapang aka Diary 2011. Sambungan part one, here.
Lanjutan dari posting Pinjaman PTPTN, here one of main objective trip new year adalah untuk menghadirkan diri ke mahkamah majisteret berkenaan dengan isu saman yang telah di failkan di mahkamah Majisteret Tumpat Kelantan.
Seawal jam 08:15 aku dah terpacak kat sana di iringi oleh Bonda di sayangi, isteri di cintai dan puteri tunggal yang amat di kasihi. Diorang ni telah bertindak sebagai pembakar semangat. Heheheee… (Actually next destination adalah ke pasar Tumpat & Bebas cukai Pengkalan Kubur).

Sebahagian Pasar Tumpat


Sementara tunggu Tuan Majisteret dan mahkamah bersidang sempat lah jugak aku saksikan beberapa babak yang biasanya tersiar dalam berita TV.

Pertama; Sorang polis datang dengan landrover PDRM dan turunkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari boot. Cerita punya cerita dia cakap barang kes kemalangan melibatkan kematian. Dia siap tunjuk helmet yang di penuhi dengan darah serta motosikal yang dah tak ada rupa motor lagi dah. Katanya mangsa pecah kepala dan meninggal di tempat kejadian. Bagaimanalah nasib keluarga tu yer. Kepada penunggang di luar sana pandulah hati2 dan ingatlah orang tersayang. Jangan sia-siakan anugerah yang di beri.

Kedua; Sliding pintu van PDRM di tarik kebelakang, kemudian melangkah lemah 6 remaja (Aku anggarkan awal 20an) siap ada rantai bertaut antara satu sama lain di iringi oleh pegawai polis.  Siap pakaian lokap warna unggu. Yang ini aku tak pasti apa kes nya. Suasana tiba-tiba menjadi muram dan sedih dengan keluarga suspek menitiskan air mata kesedihan, sayu, tiada apa yang boleh di lakukan pada tahap tersebut.

Berbalik kepada sebutan kes PTPTN, ada lagi 5 orang. 4 lelaki (termasuk aku.. hehehe) dan 1 wanita. Dah masuk dalam mahkamah yang mulia dan mengikuti prosiding macam biasa,  berdiri hormat masa tuan majistret masuk; Pertuduhan di baca dan faham. Hakim jatuh kan hukum. “Setelah di baca perrtuduhan terhadap kamu dan kamu telah fahami dan mengakuinya, oleh itu sila rujuk kepada peguam lantikan PTPTN untuk proses selanjutnya.” Heheeheee.. dah selamat satu perkara, boleh balik.
Sebelum masuk dalam perbicaraan tadi, awal2 lagi aku dah riki line dengan lawyer tu. So dia dah cakap lah procedure cemana nak settle kan bayaran secara ansuran.

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Next, nantikan episod seterusnya dalam “versi Gila & Sedih bangat.” Kesah aku merempit dalam bandar tanpa helmet dan terlepas flight…

Balik Kg January 2011 (Part 1 – Versi Ceria)

Balik Kg January 2011 (Part 1 – Versi Ceria)

Tepat jam 3 pagi 1.1.2011, kitorang bertiga telah bercadang untuk mencatat lembaran pagi tahun baru di Highway Plus dari JB menuju ke N9, Seremban. Sampai di hentian R&R Machap, mata aku dah tak boleh blah lagi. So, dengan paksa rela aku mengambil alih sebagai co-pilot, maksudnya wife kena drive, even dia pun masih mamai baru layan tido. Sepanjang perjalan puteri comel x meragam, elek  jerr…

Sesekali ada terserempak dengan geng-geng mat motor kapcai, mungkin diorang baru balik dari sambut tahun baru kot.

1.1.2011, 0615; Keluar tol Senawang, masih x banyak kenderaan, masing masing ambil peluang hari cuti umum untuk buat OT tido agaknya. Sesampai rumah my sis, layan breakfast nasi dagang N9, boleh lahh.. tahan. heheee.

1.1.2011, 0914; Menuju ke LCCT, kat sana pun jenuh gak nak cari parking space walopon dalam kawasan berbayar. Tanpa berlengah, terus pegi ke kaunter Air Asia “MENERBANGKAN 100 JUTA TETAMU, KINI SESIAPA PUN BOLEH TERBANG”. Total RM 345. Sebelum take-off sempat jugak layan McD, itu jelah restoran yang senang  dan cepat, x payah nk bejalan jauh2.

Gitu lah cerita hari pertama berversi ceria, bersambung dengan hari yang kedua dengan versi “Debaran bersama Majistret“…

Pinjaman PTPTN; Bayaran Ansuran

“Bersama-sama ini saya sertakan satu (1) salinan termeterai Saman bertarikh 01hb November 2010 serta satu (1) salinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 10hb Ogos 2010 serta notis Kehadiran.”

“Mahkamah Majistret telah menetapkan sebutan kes ini pada 03hb Januari 2011 pada pukul 8.30 pagi dan pihak tuan telah di wajibkan hadir pada tarikh tersebut.”

Terkedu jugak aku melayan baca surat tawaran yang pedas dari Advocates & Solicitors lantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN.

Langsung aku teringatkan masa mula nak study dulu, bukan main nak rak dok naik turun naik turun untuk dapatkan pinjaman. Masa tu memang berniat pinjam nak bayar, bagi apa pun terus tandatangan, tak cukup dengan tu habis contact untuk dapatkan tandatangan penjamin. Masa tu memang susah nak dapat pinjaman, al-maklumlah ekonomi tengah merundum, gawat. Aku apply loan nie tahun 1998, setahun kemudian baru dapat. Meeemangg suffer.

Pada zaman-zaman tu caj perkhidmatan (tak di panggil interest) di kenakan sebanyak 4% dari jumlah keseluruhan. Kemudian di turunkan kepada 3% dan baru-baru nie telah di turunkan lagi kepada 1%, (tapi kepada pelajar yang belum merima apa-apa surat saman).

Dari situlah aku rasakan masih ada transformasi kerajaan yang masih di simpan iaitu meng “convert” kan pinjaman tersebut kepada biasiswa… who know the future situation kan?

Tapi belum pun sempat aku sediakan payung, mendung berarak telah pun menitiskan kesayuannya, sekarang hanya tunggu banjir melanda. Pergh… sekali sekala bermadah dalam hujan.

Air mata

Sedih...

Susulan dari itu aku telah mengarang baik surat rayuan kepada perbadanan untuk membuat pembayaran secara ansuran. Harap-harap dapat lah pihak pengurusan perbadanan mepertimbangkan permohonan tu.

Mutiara kata ;

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :

“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”. Di petik dari laman web PTPTN.

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN-2

Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan keceriaan. Nantikan susulan jawapan dari Mahkamah Majistret dan PTPTN