Jalan Jalan Cari Makan ; Chinese Muslim Cuisine/ Food

Jalan Jalan Cari Makan ; Chinese Muslim Cuisine/ Food

Feb 05, 2011 (CNY 3rd days). Bahang hari raya cina telah terpias untuk menek’mati menu masakan Tiong Hua. Dua minggu sebelumnya pun dah sampai tahap makan nasi pun rasa mandarin, berkotak-kotak dah test dari yang semasam-masamnya hingga lah manis bak kurma. Ada jugak mandarin tahap dewa yang rasa ‘rangup’ dan tak kurang juga pecahan air dari ulas-ulas montok yang menggiurkan. Uhhhhhh so sweeettt……

Continue reading

Jalan Jalan Cari Makan: Steamboat

Seketika lepas hujan reda, terasa nak layan steamboat plak. 2 minggu lepas ada ternampak banner ; restoran baru bukak kat area Masai, Pasir Gudang, Johor. Ok gak tu, tak jauh sangatlah kalau nak pegi malam2 cenggini. Restoran ni dekat area Kip Mart, kalau yang x familiar sangat dengan Masai ni pun aku rasa memang boleh jumpalah tempat ni.

Continue reading

Selamat Pulang; Perantau Kota

Selamat jalan kepada perantau-perantau kota. Hati-hati di jalanan dan selamat bercuti dengan insan tersayang. Kepulangan di nantikan dengan keriangan.

 

Musafir nan lalu...

Selamat menyambut Cuti Tahunan Chinese New Year 2011.

Berjalan Dalam Hujan: Johor Banjir

Berjalan Dalam Hujan:

“Jabatan metereologi turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.” Petikan dari warta berita ASTRO 29 Jan 2011

Hari nie (29/01/2011, Ahad) dah masuk hari ke 2 hujan turun mencurah-curah di bumi Johor dan kawasan sekitar. Nampaknya memang tak kasi can lah kepada penoreh-penoreh yang akhir-akhir ini dok melanyak, ambil kesempatan dari kenaikan harga pasaran getah. Hinggakan ada laporan dari akhbar tentang kes pencerobohan, kecurian di kebun simpanan.

Pasukan Rela dan pak cik “Gad” pun di kerah untuk menjaga persekitaran kebun yang selama ini sunyi sepi bersama unggas. Konspirasi adanya nyamuk, pacat, harimau dan pelbagai lagi binatang buas juga turut di sanggah sama sekali. ; Penangan hasil tanah di bumi tuhan ‘GETAH

Uishh.. jauh melencong dah nie, memang gitu kalau dah dalam kedinginan macam ni, dia punya aura mengelamun boleh mengatasi halaju yang di benarkan.

Berbalik kepada kesah hari minggu aku, sebenarnya telah ada menerima jemputan majlis walimatul urus ber-lokasi di Tangkak. Salah satu daerah di Johor yang bersempadan dengan Melaka, iaitu Jasin. Anak penghulu Kg Serom 8

Tanpa berlengah terus ke menu GPS dan setelah di tekan-tekan, perjalan dari sempadan Singapura memerlukan jarak 183 kilometer untuk sampai ke destinasi. Dalam deraian hujan yang mencurah kami teruskan juga hasrat untuk menyambung persaudaraan insani dengan penuh semangat silaturrahim, keikhlasan telah menidakkan segala kemungkinan walaupun our sweet doter got flu, selsema main ujan.

 

My sweet daughter

Sepanjang perjalanan hujan berterusan dan kadang kala di selit dengan lebat sangat-sangat hingga jarak penglihatan kurang dari 10 meter. Bahayaa ooo……

Sebelum sampai di R&R Machap, ada dua kejadian kemalangan berasingan yang mana meibatkan Proton Wira dan satu lagi Pacuan 4 roda. Dua-duanya telah tersadai dalam longkang lebuhraya. Mungkin telah terbabas dengan keadaan jalan yang tak henti-henti menadah hujan. Seketika, kelibat kereta yang ber ‘Plat No.’  negara jiran terus meluncur laju tanpa pra-sangka. Diorang ni ‘ada’ double standard ke???

 

Di R&R Machap, berehat seketika bersama Kit Kat. Dalam kesejukan musim hujan di tambah dengan air-cond sepoi-sepoi bahasa, selera ini bagaikan membuak-buak. Dah tak boleh tahan, memang kena take lunch dah, kenduri tu jauh lagi. Melangkah ke food court, perghh ramai jugak manusia travel walaupun hujan2 macam nie. Paling aku x boleh lupa kitorang order “Nasi Talam”. Sebenarnya aku sendiri yang letak nama nasi tu, sebab semua menu di gerai ini di hidangkan dalam talam. Belasah jer…, janji halal J

 

Nasi Talam; Macap mari..

 

Marvelous Curry House

½ jam bercanda di ‘Curry House’ bersama nekmat secawan kopi panas, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai exit Pagoh. Kiri kanan jalan di hiasi dengan pemandangan mulus dek kerana paras air hujan yang seakan menerjah tebing.

 

Setelah lebih 2 jam perjalanan, sampailah rumah Ketua Kampung &&&& dan di sambut mesra siap dengan d’payungkan lagi, (perghh.. macam raja sehari la plak). Tapi kalau x der payung ni, alamat basah kuyup aku anak beranak. Hhehee.. ok jugak kalau pegi ziarah masa musim hujan nie, dapat layanan mesra tahap carpet kuning.

 

Ketua Kg Serom 8

 

Masa kitorang sampai tu dah tak ramai tetamu, maklumlah dah petang. Pengantin pun dah nak masuk bilik..,,. Sedang dok bercerita tu, pengantin pompuan ropanya dari sebelah pantai timur, Kelantan negeri bertuah (Up sket,.). Dari apa yang aku dengar dari warga senior (Orang lama) kalau majlis di iringi hujan, maknanya pengantin terlebih makan BUDU. Entah betul tidaklah teori tu atau rekaan semata-mata, nak meriahkan lagi majlis kott….

Bercerita tentang majlis kawen semasa musim hujan, teringat aku masa majlis kawen rumah mertua di K. Krai, walimatul urus kakak ipar 2 tahun lepas. Dari pagi sampai petang hujan terus mencurah bagaikan menguji kesabaran pengantin untuk ke adengan seterusnya. (Harap korang jangan berfikiran yang bukan-bukan, blog aku ni berkonsep bebas dari gejala kurang sehat).

 

Pengantin dalam hujan

Bersambung… (Agenda ke masjid Tangkak)

Trip ke Kukup & Seafood’s dinner @Tanjung Piai.

Hujung Asia; Huh dah boring layan citer TV dan DVD cetak rompak separuh hari, tetiba rasa cam dah tepu fikiran, asyik dok melepak kat dalam rumah. Hhmmm.. masa  aku aku tengah dok buat rutin mingguan housekeeping tadi, adalah Mat Bangla bagi salam, pas tu gitau “ Bang itu rumput sudah bnyak panjang, kasi mesein habes lah…”. Lepas nego, dapatlah RM15 sekali dengan dia buat clearance.

 

Pembersihan laman

Sambil tu aku surfing tenet dan tervisit lah blog Tanjung Piai . Idea yang bagus gak nie, at least adalah aktiviti untuk untuk kami (Wife & little doter). Diorang nie ‘On’ jer kalau aku menyurakan pendapat untuk pergi ambik sightseeing.

Dari Pasir Gudang, 1616 terus menyusur highway dengan bantuan mobile GPS. Dah jadi cam kebiasaan, jalan nie memang tak sah kalau tak ada excident, tambahan kalau musim hujan cam skrang nie. So kenalah sentiasa berhati-hati dan selalu ingat orang yang tersayang.

 

Lori terbabas @Pasir Gudang Highway

Dah sejam lebih perjalan, kami singgah jap utk Fardhu Asyri di salah sebuah Masjid Jamek Kg Parit Raja. Masjid ini amat terjaga rapi dari segi kebersihan dan susun aturnya. Di papan kenyataannya ada menyatakan ia telah telah siap di tubuhkan pada tahun 1959. Perghh… lama dah tu, 2 tahun selepas tanggal keramat 31/8/1957.

 

Masjid pra-merdeka

Di negeri Johor ni memang terkenal dengan produk tanaman Nenas, munkin sebab itulah ada Muzium Nenas kat pontian nie, selain itu tu ada juga Muzium Bugis kat sini, tapi aku tak pegi situ pun, next trip lah.

Dengan kilometer 92km (Dah jadi satu marhalah J) kami sampai di Jeti Feri Kukup. Kat sini munkin boleh di katakan syurga bagi penggemar Seafood. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ala2 atas laut dengan pemandangan perkampungan nelayan. Tersapa aku dengan Pak Ali yang berkerja di jeti tersebut. Katanya, jeti nie menyediakan transit untuk ke Tg. Balai dan hari ini majlis pelancaran untuk ke Pulau Batam. Dari pagi tadi ada tiket feri free untuk ke Batam bersempena pelancaran pembukaan.

 

Sunset @jetty Kukup

Selain itu di sini juga ada menyediakan chalet yang berharga sekitar dari RM70 – RM90 untuk kaki pancing melepaskan hajat masing-masing.

Perkampungan nelayan

Destinasi seterusnya adalah Resort Tg Tanjung Piai.

“Tanjung Piai adalah satu lokasi yang terletak di penghujung Tanah Besar Asia -1.26,103.5-.“

So, secara langsung telah menjadi eyes in the world, so rugi jugaklah kita orang Malaysia yang tak pernah sampai kat sini, especially kepada pencita Geography. Hahahaaaa…. nanti aku nak tanya ex-teacher geografi aku masa form 3.

Anyway, kita layan seafood dulu, dari petang tadi lagi dok mengidam Ketam Butter, Sotong goreng tepung, Sup campur berserta Jus Buahan. Jemput makan di Tg Piai Resort dengan tawaran harga yang berbaloi baloi.

Jalan-jalan test menu,

Selamat menjamu selera, yum yum yum…

Kredit to: Tanjung Piai Resort

Balik Kg January 2011 (Part 2 – Versi Debaran)

Article mengisi masa lapang aka Diary 2011. Sambungan part one, here.
Lanjutan dari posting Pinjaman PTPTN, here one of main objective trip new year adalah untuk menghadirkan diri ke mahkamah majisteret berkenaan dengan isu saman yang telah di failkan di mahkamah Majisteret Tumpat Kelantan.
Seawal jam 08:15 aku dah terpacak kat sana di iringi oleh Bonda di sayangi, isteri di cintai dan puteri tunggal yang amat di kasihi. Diorang ni telah bertindak sebagai pembakar semangat. Heheheee… (Actually next destination adalah ke pasar Tumpat & Bebas cukai Pengkalan Kubur).

Sebahagian Pasar Tumpat


Sementara tunggu Tuan Majisteret dan mahkamah bersidang sempat lah jugak aku saksikan beberapa babak yang biasanya tersiar dalam berita TV.

Pertama; Sorang polis datang dengan landrover PDRM dan turunkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari boot. Cerita punya cerita dia cakap barang kes kemalangan melibatkan kematian. Dia siap tunjuk helmet yang di penuhi dengan darah serta motosikal yang dah tak ada rupa motor lagi dah. Katanya mangsa pecah kepala dan meninggal di tempat kejadian. Bagaimanalah nasib keluarga tu yer. Kepada penunggang di luar sana pandulah hati2 dan ingatlah orang tersayang. Jangan sia-siakan anugerah yang di beri.

Kedua; Sliding pintu van PDRM di tarik kebelakang, kemudian melangkah lemah 6 remaja (Aku anggarkan awal 20an) siap ada rantai bertaut antara satu sama lain di iringi oleh pegawai polis.  Siap pakaian lokap warna unggu. Yang ini aku tak pasti apa kes nya. Suasana tiba-tiba menjadi muram dan sedih dengan keluarga suspek menitiskan air mata kesedihan, sayu, tiada apa yang boleh di lakukan pada tahap tersebut.

Berbalik kepada sebutan kes PTPTN, ada lagi 5 orang. 4 lelaki (termasuk aku.. hehehe) dan 1 wanita. Dah masuk dalam mahkamah yang mulia dan mengikuti prosiding macam biasa,  berdiri hormat masa tuan majistret masuk; Pertuduhan di baca dan faham. Hakim jatuh kan hukum. “Setelah di baca perrtuduhan terhadap kamu dan kamu telah fahami dan mengakuinya, oleh itu sila rujuk kepada peguam lantikan PTPTN untuk proses selanjutnya.” Heheeheee.. dah selamat satu perkara, boleh balik.
Sebelum masuk dalam perbicaraan tadi, awal2 lagi aku dah riki line dengan lawyer tu. So dia dah cakap lah procedure cemana nak settle kan bayaran secara ansuran.

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Next, nantikan episod seterusnya dalam “versi Gila & Sedih bangat.” Kesah aku merempit dalam bandar tanpa helmet dan terlepas flight…

Balik Kg January 2011 (Part 1 – Versi Ceria)

Balik Kg January 2011 (Part 1 – Versi Ceria)

Tepat jam 3 pagi 1.1.2011, kitorang bertiga telah bercadang untuk mencatat lembaran pagi tahun baru di Highway Plus dari JB menuju ke N9, Seremban. Sampai di hentian R&R Machap, mata aku dah tak boleh blah lagi. So, dengan paksa rela aku mengambil alih sebagai co-pilot, maksudnya wife kena drive, even dia pun masih mamai baru layan tido. Sepanjang perjalan puteri comel x meragam, elek  jerr…

Sesekali ada terserempak dengan geng-geng mat motor kapcai, mungkin diorang baru balik dari sambut tahun baru kot.

1.1.2011, 0615; Keluar tol Senawang, masih x banyak kenderaan, masing masing ambil peluang hari cuti umum untuk buat OT tido agaknya. Sesampai rumah my sis, layan breakfast nasi dagang N9, boleh lahh.. tahan. heheee.

1.1.2011, 0914; Menuju ke LCCT, kat sana pun jenuh gak nak cari parking space walopon dalam kawasan berbayar. Tanpa berlengah, terus pegi ke kaunter Air Asia “MENERBANGKAN 100 JUTA TETAMU, KINI SESIAPA PUN BOLEH TERBANG”. Total RM 345. Sebelum take-off sempat jugak layan McD, itu jelah restoran yang senang  dan cepat, x payah nk bejalan jauh2.

Gitu lah cerita hari pertama berversi ceria, bersambung dengan hari yang kedua dengan versi “Debaran bersama Majistret“…

Restoran Mak Su Nab nasi air

Mak Su Nab Nasi Air,
Keinginan untuk menjamu selera salah satu menu Special Kelantan iaitu Nasi Air (Water rice) or Exotic Porridge.

Sambil aku ‘menyesakkan’ diri di Bandar Kota Bharu pada musim perayaan sempat jugak singgah di Restoran Mak Su Nab yang terletak tidak jauh dari pusat Bandar, di Jalan Hospital, Berek 12. Nak cerita detail pun aku tak mahir sangat, itu pun dapat access dari GPS. Maknannya kalau korang dah sampai dekat area Hospital Kota Bharu tu, searching jer ngan gadget.

Rasanya lebih kurang dengan bubur ayam McD, tapi yang kat sini lagi pure dengan aroma yang tersendiri. Di samping tu, ada juga menu2 lain seperti nasi ayam dan dalam menu tu ada aku terbaca pulut durian pun di sediakan jugak, tp aku x order lah. Harga pun amat berpatutan; 2 nasi air siap ngan minuman harga nya tak sampai 8.00 rial. Semoga menu2 begini x lekang dek kemajuan fast food. Kredit to Nasi Air Mak Su Nab.

Tips nak bermusafir/ perjalanan

UNE: Merancang perjalanan, seeloknya mengenal pasti laluan yang akan di ambil untuk mengelakkan memandu dalam teragak2 dan dapat menentukan kawasan rehat, tempat makan dan isian petrol/diesel seawalnya (GPS juga amat membantu).
DEUX: Pastikan telah mendapat rehat yang cukup. Elakkan dari memandu di tengah malam atau pun awal pagi kerana itulah masa tubuh memerlukan rehat (tapi kalau nak menikmati kadar diskaun tol, pastikan telah berehat sebelumnya J). Elakkan dari memandu setelah kepenatan berkerja seharian atau pun selepas big meal.

TROIS: Tidak mengambil minuman keras/ ubatan mengkhayalkan atau menyebabkan mengantuk sekaligus boleh menggangu tumpuan waktu memandu. Concentrate; tolak tepi perasan negatif seperti marah, kecewa, sedih dan hangin satu badan kerana ia mendorong kepada pemanduan yang berbahaya.

QUATRE: Pastikan keadaan kenderaan dalam keadaan baik. Selain pemeriksaan berkala, seeloknya buat fast checking sebelum memulakan perjalanan. Di antaranya ialah;

1.       Minyak enjin/ pelincir, juga di kenali sebagai minyak hitam.

2.       Minyak brek dan keberkesanannya.

3.       Minyak power stering.

4.       Air bateri (Sel kering di kecualikan) dan air viper.

5.       Ketegangan tali kipas.

6.       Kandungan air dalam radiator.

7.       Lampu utama, lampu isyarat, lampu brek dan lampu kecemasan.

8.       Keadaan bunga tayar,tekanan angin dan tayar simpanan serta peralatan tukar tayar seperti jack.

CINQ: Dari segi spiritual pun kena ada persediaan, mulakan perjalanan dengan bismillah dan doa perjalanan;

ﷲﺎﺑﻻﺇﺓﻭﻗﻻﻮﺤﻻﻮﷲﺍﻰﻟﻋﺖﻠﻜﻮﺗﷲﺍﻢﺴﺒ

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi wala hawla wala quwwata illa billah

Lebih elok kalau di iringi dengan puji-pujian kepada ilahi dan ayat suci al-quran.

Ingat orang tersyayunk, Bon Voyage…

Credit to: Darussyifa , Plus Highway, aizatshafiq.com