Jualan Amal (Jacket alpinestars & Knee Pad)

Jeng jeng jengg…

Uish.. dah memang lamo beno x meng’hupdate, naik sawang betui dah laman sesawang nie.

Straight to da point, sempena persaraan “eden” dalam arena 2 roda ni, ada bebarang yang nak di “Let-go kan”; hmmm… sambil mgemas n packing nak pindah rumah.. :0…

Semangat naik Rumah Baru.. yuhuuuu.

Jacket alpinestar;

Jacket alpinestar;

Jacket alpinestars; Size M; Available 2 unit; Harga satu RM 110.00 (Nego halus..); Promosi beli 2 RM180; Condition (Yg Merah tu 7/10, Yg Hitam 9/10).

Knee Pad Scoyco

Knee Pad Scoyco

Knee Pad Scoyco; Free Size; Condition 8/10.

Cam biasa, boleh di whatApp ke 0133917271, Peace yowww..

Salam.

Advertisements

Ride 3.0 vs Bersih 3.0 – part II

Susulan dari posting Ride 3.0 vs Bersih 3.0 di sini.

Setelah menikmati udara segar di pesisir tasik kat tengah hutan nie, sambil tu jadi batu loncatan utk geng2 penghisap tegar. Bagi yang minat mancing pun boleh terjah kat tasik nie. Kat bawah sinun tu ada 3 pemancing tegar sedang mengumpan.

Brader pancing – Setenang air di kali…

Ride lepas nie akan melalui corner di segenap sudut; so, lepas nie dah takder gambo on-the-bike, bahaya ooo… kasi simpan ini camera dulu. Next persinggahan kat kedai makan di simpang Kg Poum, daerah Jelebu. Let’sss. mengasah,,

Ter’capture masa nak simpan camera dalam bag. Ok jugak view nie 🙂

Okay dah sampai dah; masa untuk mengeteh sambil rehat seketika bersama “Kit Kat”. Masa cornering tadi terserempak dengan sebijik kereta jew, meaning to say, tak bahaya sangatlah untuk yg nak melayan corner.

Namun demikian, Aku tetap maintain dengan gaya kayuhan easy ride, sempat jugak dapat view Red CBR600rr overtake masa tengah layan lap, belasah lah bro, janji knows your limit… 🙂 (Aku memang tak brani, takuttttt…).

Dah sampai kat food court “stesen E”

Gerai makan Kg Poum, Owner kedai memey peramah, siap instruct jalan dan bercerita pasal kampung POUM.

100 Plus; mau kasi tambah vroomm.
GPS sentiasa di sisi untuk ke jalan yang LURUS.

Rider Legend (T-shirt pun title Legend broo..)

Xj6 : Corner pancung angin.
Sedang pancung nasik goreng hujan panas + ayam dara.

Ada plak team basikal mendaki sampai kesini.

Team “Mat Saleh” dengan basikal lagi sampai awal.
Team kitorang nie memang ride santai jew..

Wokey, time to tayar golek ke Karak thru Simpang Durian.

Geng berbasikal tengah layan leper, berpeluh peluh aku tengok diorang, uisshh gagah betui.

Perjalanan kat sini meredah felda, kiri kanan pemandangan kelapa sawit dan kekadang merentasi kawasan perkampungan. Dah tak banyak cornering;

Petronas Simpang Durian, kasi buang apa yang patut dan kasi minum kuda besi.

Ride santai, ada yg dah bukak wisor; kawasan perkampungan Karak.

Medan Selera Karak, Kat sini last point stop. Minum tengahari dulu sebelum balik.

Harini tak der lah sibuk sangat kat pekan Karak nie. Ada jugak 2-3 team big bike yang pon-pon.., entah dari mana lah diorang tu yerr. Kedai yang kitorang lepak nie bersebelahan traffic light; Restoran Mamak Najath.

Pekena eiskrim pun best gak nie, jom…

“Best aa.. ride arini, tak der ujan” dialog diorang berdua nie agaknya kot…

Okey dah pukul 12:28pm, lepas nie akan balik ke rumah memasing.

  • Abam Legend (Alif) akan exit menuju ke Bentong, balik juper mak abah.
  • XJ6 – Bruce Lee exit lepas Tol Gombak
  • Aku & Bro Syamim (CBR6rat) towards DUKE – NKVE; Shah Alam .

OKey let’s on the bike, save ride bro.

On the bike, ready to go for “Karak Highway”

Dan inilah ringkasan untuk ride harini.

Clock Total mileage + 282.8 km, with safe ride. Sampai rumah kul 1.28pm

dan…

Hasil asahan tayar….
Memey penggunaan tayar yang optimum, tak rugilah bayar beli tayar mahal2

End with happy ending…

Semoga ketemu lagi, Adiosss.. Wassalam.

RIDE : RIDE 3.0 vs Bersih 3.0; April 28, 2012.

RIDE 3.0 vs Bersih 3.0; April 28, 2012.

Salam dan selamat ber’blog walking’. Posting nie munkin dah terlewat sikit namun masih terasa kehangatan bahang gara-gara demo jalanan Bersih 3.0. Hmmmm.. artikel nie aku cuba sedaya upaya untuk tidak mencampuradukkan dengan isu politik. Perghh.. ayat skema la plak.

Okeyy let’s citer pasal ride.

Bermula dari TTS ngan colleague’s opis, kitorang bercadang nak gie buat acara asah tayar; Layan corner kat Kg Titi. Cheras > Hulu Langat > Jelebu > Kg Titi > Karak > Balik umah memasing. Clock total mileages = 282.8km.

Riding map – Ride 3.0 vs Bersih 3.0

Cam biasa pepagi kasi sarap dulu, Cereal + milo ‘0’ suam. 1st RV kat Petronas Kesas highway, bertentangan dengan Pusat Servis Proton. Aku sampai sini kul 08:08am, elok jew Bro CBR merah melambai-lambai. Hohoooo.. .ini betui-betui mau asah tayor nie. Okay bro, let’s go to next destination, karang mengamuk plak diorang kat cheras tu.

Bro Syam dengan CBR merah RR

Kitorang teruskan perjalanan ke Plaza Phoenix thru Kesas highway. (Point C); 08:28am Abam Aliff dah lame nunggu katernya “ Dah la sowang-sowang kat sini, si XJ6 black lum muncul2 lagi nie”.

Petronas Cheras Kajang (Point C). Bro Aliff pepagi dah sampai, anak sapa nie.. baguih sungguh. Masih single lagi nie,,

“Sorry bro, aku bangun lambat la pagi tadi” – XJ6 Black merangkap leader tuk ride nie

Bergambor jap sebelum menayar golekkan ke Ulu Langat,

Banyak pulak keta hari nie, tapi kira okaylah cuaca cun melecun, tak menganggu konsentrasi riding.

Heavy traffic along Ulu Langat, – Motor tonggek siap letak tangan kat atas lutut.. 🙂

Indah nya ciptaan tuhan; ketenangan inilah yg di cari, suasana pemandangan bukit bukau dan tasik, sejuk mata memandang.

Latar belakang tasik (Tapi tiang letrik tu x sempat nak alih; kena repeat ride nie)

Masok gambo se-round..

On the bike, get ready to go… continuee for another CoRneR,, (@ point D)

– Continuee….

Ride: Pemasangan BM Horn & Running Light

Salam pembuka bicara, berat rasanya nak buat posting kali nie. Tapi memandangkan aku rasa ada baiknya jugak share benda yg pahit tuk di telan.

Berbalik kita pada tajuk asal, walopon ber “tagging” Ride, tak der kena mengena dengan ride poon, cuma berkesahkan Kuda Besi Kuning, Cik Versys CKD 650.

Awal april 2012 aritu (Dah tak nak ingat tarikh tu..) aku bercadang nak buat circuit running light kat Kuda besiku. “running light” ke empat-empat lampu signal akan menyala secara serentak namun tidak menggangu masa kita switch-on lampu signal masa nak membelok. Betul ke aku xplain nie, kalo x paham jugak cuba search kat Wikipedia, kot kot ada kat situ @ korang buleh tanya kat mat-mat scooter, dorang mesti tau nyer pasal lampu-lampu meriah ni.

Aku nak pasang mende nie pun sebab safety, kekadang balik kejer malam boleh lah meng”alert”kan pemandu-pemandu lain. Selepas riki line ngan kekawan, ada satu kedai kat Jalan Pudu, KL. Lupa plak nama kedai, (kat area roundabout). So, lepas balik kejer pegi tanya tokey kedai tu, dia offer RM 170 (Running light + BM Horn), tapi masa tu dah kul 8.30pm, kedai pun dah nak close; balik dululah.

Tanya punya tanya, ada kedai kat Shah Alam yg boleh buat wiring Running-Lite; Maju Motor, Sec 16, Shah Alam. Lagi dokat ngan umah nie. So, apalagi try usha tengok; Tokey kedai tu offer RM 180, emmmm.. ok lah tu kot, kalo nak ke KL x berbaloi kot. Masa dealing tu tokey tu cakap 1 ½ jam boleh kasi siap; ok lah tu cantek.

Kat workshop tu sorang je pomen yg boleh buat wiring, katanya tokey kedai tu lah. Dalam masa aku dok m’nunggu tu ada satu room tu tertulis “Only for Staff”. Aku cuba jengah melalui tingkap kaca; Ada 3 pomen tengah dok “menyeting” (Setting-up) motor racing. Maju Motor nie memey buat motor untuk masuk trek. Uncle tu cakap next two week diorang ada race kat Sepang.

Dah 2 jam ½ aku tunggu masih x siap2 lagi, malas dah aku nak citer; Sabar menanti punya pasal, daripada waktu Asar ke Maghrib dan akhir nya hampir masuk Isyak, nasib baik surau kat Sec 16 tu dekat, dua kali aku menapak ke sana (Dewan orang ramai seksyen 16 yg di convertkan jadi Surau).

So sesudah hampir 3 jam setengah (5 potang – 8 ½ malam) ini lah hasil nya.

Wiring BM Horn, ada can boleh bakor niee…

Diorang ni tau ke tak buat wiring nie, bersepah….. Tapi di sebabkan aku pun dah boring lama sangat dok menunngu kat situ. Bayor je lah.

Masa nak bayar plak Tokey tu kenakan additional caj lagi RM 20.00, katanya sebab tambahan 2 switch (Itu belum kira maaa…). Hmmm.. terpaksalah jugak kena bayar, aku suruh dia issue receipt & blahhhh. Total RM 200 henggit, Lepas nie memey dah tak gi dah …

Silap-silap cable tu boleh melting, kang ke radiator tu hot surface. Aduiisshhhh…

Dan oleh kerana berat mata memandang, sambil di temani isteri tercinta & heroHeroin, aku buat re-wiring & re-touch.

Bahan-bahan sebelum dressing cable;

Teman tapi mesra…

Sebelum dan sesudah..

Pandangan sebelah kanan; Yang kat ats nie sebelum touch-up & kat bawah plak setelah di dressing. Masig gunakan wire yg sama.


Pandangan sebelah kiri plak…

So, lepas nie ada beberapa perkara yang perlu di ambil kesah sebelum antar kedai tuk repair or tune.

  • Survey kemampuan kedai, jgn jadikan sebagai eksperimen plak.
  • Mahal sket pun takper, asal servis baik; “Pay more for comfort”
  • Deal harga bagi jelas in da early stage.
  • Klau boleh buat sndiri, baik buat sndiri.., puas ati walopon x cantek hahahaaaa……

end.

Ride: Ride to Cameron Highland with KBCfb part II

Posting nie susulan dari part I –Ride to Cameron part I.

Corner punya corner punya corner dah sapai di Tanah Rata. Report kejap kat Balai Polis sambil bergambo; So, next station kitorang akan berlaga tayar dengan Team dari Kota Bharu kat Stesen Petronas Brinchang.

Balai Tanah Rata

13.38 Berjabat mesra di Kedai Mesra Brinchang sambil chit-chat dialek Klatey. “Day More Dog See Knee La-More Doh Cow??”. Hehehee.  (sesapa yang nak translate boleh refer sini)

Hmmm masa pun da time, perut pun dah berdendang-dendang. Acara seterusnya adalah pemanas badan dengan, Jom makan….

Let's ride to Tea BOH farm, walopon dalam gerimis tetap di redah.
Tq to Abg Jenal bawak kitorang kesini.

16:08 Next destination ramai2 kitorang konvoi menuju kejayaan ke masjid untuk memenuhi keawajipan sebagai insan menumpang d’dunia fana. Masjid sini terjaga rapi, bersih. Parkingnya pun memey luas.

Masjid; Kasi makan makanan rohani plak. (Masa kat sini lah ada Earth Quake kat negara jiran)

16:58 Dah hampir sejam kat sini. So, selesai lah sudah sesi beramas mesra dan bergambo, sambil ada yg memandikan jentera, as usual abg Taiko taruk lube oil kat rantai; keselamatan mechanical amat di utamakan. Lepas ni destinasi akan berpecah dua kumpulan thru Simpang Pulai (KL Team) & Gua Musang (KB Team). Semoga pertemuan singkat akan menjalinkan ukhuwah yg kukuh dan semoga berjumpa lagi di lain rancangan. Nice ride, everybody sporting. Thumbs up & big clap to U’ all.

Untuk memenuhi syarat-syarat riding; Next station tak lain tak bukan ke kedai Staw-berrey, (sebut betul-betul ala2 lidah omputeh mat salleh.).

21:08 And hentian paling last but not least, RR sungai Buloh; Acara rehatkan badan setelah melayan Highway Plus yang panjang sambil soru merangkap diner dongan Nasi Lomak singgit duo posen (Diperkenalkan oleh Lady Bikers).

R&R Sg Buluh; Last station before we all dispersed and enjoy dinner with Nasi Lomak 1.0.

Tamat sudah sesi konvoi seharian sempena pertabalan Yg Di Pertuan Agong ke 14. Sehingga berjumpa lagi di lain ride. KBCfb “We care..”