Ride 3.0 vs Bersih 3.0 – part II

Susulan dari posting Ride 3.0 vs Bersih 3.0 di sini.

Setelah menikmati udara segar di pesisir tasik kat tengah hutan nie, sambil tu jadi batu loncatan utk geng2 penghisap tegar. Bagi yang minat mancing pun boleh terjah kat tasik nie. Kat bawah sinun tu ada 3 pemancing tegar sedang mengumpan.

Brader pancing – Setenang air di kali…

Ride lepas nie akan melalui corner di segenap sudut; so, lepas nie dah takder gambo on-the-bike, bahaya ooo… kasi simpan ini camera dulu. Next persinggahan kat kedai makan di simpang Kg Poum, daerah Jelebu. Let’sss. mengasah,,

Ter’capture masa nak simpan camera dalam bag. Ok jugak view nie🙂

Okay dah sampai dah; masa untuk mengeteh sambil rehat seketika bersama “Kit Kat”. Masa cornering tadi terserempak dengan sebijik kereta jew, meaning to say, tak bahaya sangatlah untuk yg nak melayan corner.

Namun demikian, Aku tetap maintain dengan gaya kayuhan easy ride, sempat jugak dapat view Red CBR600rr overtake masa tengah layan lap, belasah lah bro, janji knows your limit…🙂 (Aku memang tak brani, takuttttt…).

Dah sampai kat food court “stesen E”

Gerai makan Kg Poum, Owner kedai memey peramah, siap instruct jalan dan bercerita pasal kampung POUM.

100 Plus; mau kasi tambah vroomm.
GPS sentiasa di sisi untuk ke jalan yang LURUS.

Rider Legend (T-shirt pun title Legend broo..)

Xj6 : Corner pancung angin.
Sedang pancung nasik goreng hujan panas + ayam dara.

Ada plak team basikal mendaki sampai kesini.

Team “Mat Saleh” dengan basikal lagi sampai awal.
Team kitorang nie memang ride santai jew..

Wokey, time to tayar golek ke Karak thru Simpang Durian.

Geng berbasikal tengah layan leper, berpeluh peluh aku tengok diorang, uisshh gagah betui.

Perjalanan kat sini meredah felda, kiri kanan pemandangan kelapa sawit dan kekadang merentasi kawasan perkampungan. Dah tak banyak cornering;

Petronas Simpang Durian, kasi buang apa yang patut dan kasi minum kuda besi.

Ride santai, ada yg dah bukak wisor; kawasan perkampungan Karak.

Medan Selera Karak, Kat sini last point stop. Minum tengahari dulu sebelum balik.

Harini tak der lah sibuk sangat kat pekan Karak nie. Ada jugak 2-3 team big bike yang pon-pon.., entah dari mana lah diorang tu yerr. Kedai yang kitorang lepak nie bersebelahan traffic light; Restoran Mamak Najath.

Pekena eiskrim pun best gak nie, jom…

“Best aa.. ride arini, tak der ujan” dialog diorang berdua nie agaknya kot…

Okey dah pukul 12:28pm, lepas nie akan balik ke rumah memasing.

  • Abam Legend (Alif) akan exit menuju ke Bentong, balik juper mak abah.
  • XJ6 – Bruce Lee exit lepas Tol Gombak
  • Aku & Bro Syamim (CBR6rat) towards DUKE – NKVE; Shah Alam .

OKey let’s on the bike, save ride bro.

On the bike, ready to go for “Karak Highway”

Dan inilah ringkasan untuk ride harini.

Clock Total mileage + 282.8 km, with safe ride. Sampai rumah kul 1.28pm

dan…

Hasil asahan tayar….
Memey penggunaan tayar yang optimum, tak rugilah bayar beli tayar mahal2

End with happy ending…

Semoga ketemu lagi, Adiosss.. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s