Ride: Pemasangan BM Horn & Running Light

Salam pembuka bicara, berat rasanya nak buat posting kali nie. Tapi memandangkan aku rasa ada baiknya jugak share benda yg pahit tuk di telan.

Berbalik kita pada tajuk asal, walopon ber “tagging” Ride, tak der kena mengena dengan ride poon, cuma berkesahkan Kuda Besi Kuning, Cik Versys CKD 650.

Awal april 2012 aritu (Dah tak nak ingat tarikh tu..) aku bercadang nak buat circuit running light kat Kuda besiku. “running light” ke empat-empat lampu signal akan menyala secara serentak namun tidak menggangu masa kita switch-on lampu signal masa nak membelok. Betul ke aku xplain nie, kalo x paham jugak cuba search kat Wikipedia, kot kot ada kat situ @ korang buleh tanya kat mat-mat scooter, dorang mesti tau nyer pasal lampu-lampu meriah ni.

Aku nak pasang mende nie pun sebab safety, kekadang balik kejer malam boleh lah meng”alert”kan pemandu-pemandu lain. Selepas riki line ngan kekawan, ada satu kedai kat Jalan Pudu, KL. Lupa plak nama kedai, (kat area roundabout). So, lepas balik kejer pegi tanya tokey kedai tu, dia offer RM 170 (Running light + BM Horn), tapi masa tu dah kul 8.30pm, kedai pun dah nak close; balik dululah.

Tanya punya tanya, ada kedai kat Shah Alam yg boleh buat wiring Running-Lite; Maju Motor, Sec 16, Shah Alam. Lagi dokat ngan umah nie. So, apalagi try usha tengok; Tokey kedai tu offer RM 180, emmmm.. ok lah tu kot, kalo nak ke KL x berbaloi kot. Masa dealing tu tokey tu cakap 1 ½ jam boleh kasi siap; ok lah tu cantek.

Kat workshop tu sorang je pomen yg boleh buat wiring, katanya tokey kedai tu lah. Dalam masa aku dok m’nunggu tu ada satu room tu tertulis “Only for Staff”. Aku cuba jengah melalui tingkap kaca; Ada 3 pomen tengah dok “menyeting” (Setting-up) motor racing. Maju Motor nie memey buat motor untuk masuk trek. Uncle tu cakap next two week diorang ada race kat Sepang.

Dah 2 jam ½ aku tunggu masih x siap2 lagi, malas dah aku nak citer; Sabar menanti punya pasal, daripada waktu Asar ke Maghrib dan akhir nya hampir masuk Isyak, nasib baik surau kat Sec 16 tu dekat, dua kali aku menapak ke sana (Dewan orang ramai seksyen 16 yg di convertkan jadi Surau).

So sesudah hampir 3 jam setengah (5 potang – 8 ½ malam) ini lah hasil nya.

Wiring BM Horn, ada can boleh bakor niee…

Diorang ni tau ke tak buat wiring nie, bersepah….. Tapi di sebabkan aku pun dah boring lama sangat dok menunngu kat situ. Bayor je lah.

Masa nak bayar plak Tokey tu kenakan additional caj lagi RM 20.00, katanya sebab tambahan 2 switch (Itu belum kira maaa…). Hmmm.. terpaksalah jugak kena bayar, aku suruh dia issue receipt & blahhhh. Total RM 200 henggit, Lepas nie memey dah tak gi dah …

Silap-silap cable tu boleh melting, kang ke radiator tu hot surface. Aduiisshhhh…

Dan oleh kerana berat mata memandang, sambil di temani isteri tercinta & heroHeroin, aku buat re-wiring & re-touch.

Bahan-bahan sebelum dressing cable;

Teman tapi mesra…

Sebelum dan sesudah..

Pandangan sebelah kanan; Yang kat ats nie sebelum touch-up & kat bawah plak setelah di dressing. Masig gunakan wire yg sama.


Pandangan sebelah kiri plak…

So, lepas nie ada beberapa perkara yang perlu di ambil kesah sebelum antar kedai tuk repair or tune.

  • Survey kemampuan kedai, jgn jadikan sebagai eksperimen plak.
  • Mahal sket pun takper, asal servis baik; “Pay more for comfort”
  • Deal harga bagi jelas in da early stage.
  • Klau boleh buat sndiri, baik buat sndiri.., puas ati walopon x cantek hahahaaaa……

end.

3 responses to “Ride: Pemasangan BM Horn & Running Light

  1. aku dok suria avenue depan maju motor..aku pon der x puas ati dgn servis yg diberikan maju motor..ntah apa2 dia bt ,kdg2 charge x mau2..aku kena masa repair disc break..kata suwuh aku pkai disc break ori ,sbb disc aku cikainya ,aku pon suwuh dia repair..dah siap repair..bapak ar pump diganti rm145 ..repair disc belakang rm150 x termasuk upah.. lastly x function gak dgn sempurna..abes aku kat ctu 3 rat ..alasan disc aku x ori..sedangkan aku pkai sebelum ni elok ja..charge upah pon dah mahal..serik gak nak ke ctu,sbb aku tau pomen tue bkn special list sbk hanya mampu bt kapcai ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s