Ride: Ride to Cameron Highland with KBCfb part II

Posting nie susulan dari part I –Ride to Cameron part I.

Corner punya corner punya corner dah sapai di Tanah Rata. Report kejap kat Balai Polis sambil bergambo; So, next station kitorang akan berlaga tayar dengan Team dari Kota Bharu kat Stesen Petronas Brinchang.

Balai Tanah Rata

13.38 Berjabat mesra di Kedai Mesra Brinchang sambil chit-chat dialek Klatey. “Day More Dog See Knee La-More Doh Cow??”. Hehehee.  (sesapa yang nak translate boleh refer sini)

Hmmm masa pun da time, perut pun dah berdendang-dendang. Acara seterusnya adalah pemanas badan dengan, Jom makan….

Let's ride to Tea BOH farm, walopon dalam gerimis tetap di redah.
Tq to Abg Jenal bawak kitorang kesini.

16:08 Next destination ramai2 kitorang konvoi menuju kejayaan ke masjid untuk memenuhi keawajipan sebagai insan menumpang d’dunia fana. Masjid sini terjaga rapi, bersih. Parkingnya pun memey luas.

Masjid; Kasi makan makanan rohani plak. (Masa kat sini lah ada Earth Quake kat negara jiran)

16:58 Dah hampir sejam kat sini. So, selesai lah sudah sesi beramas mesra dan bergambo, sambil ada yg memandikan jentera, as usual abg Taiko taruk lube oil kat rantai; keselamatan mechanical amat di utamakan. Lepas ni destinasi akan berpecah dua kumpulan thru Simpang Pulai (KL Team) & Gua Musang (KB Team). Semoga pertemuan singkat akan menjalinkan ukhuwah yg kukuh dan semoga berjumpa lagi di lain rancangan. Nice ride, everybody sporting. Thumbs up & big clap to U’ all.

Untuk memenuhi syarat-syarat riding; Next station tak lain tak bukan ke kedai Staw-berrey, (sebut betul-betul ala2 lidah omputeh mat salleh.).

21:08 And hentian paling last but not least, RR sungai Buloh; Acara rehatkan badan setelah melayan Highway Plus yang panjang sambil soru merangkap diner dongan Nasi Lomak singgit duo posen (Diperkenalkan oleh Lady Bikers).

R&R Sg Buluh; Last station before we all dispersed and enjoy dinner with Nasi Lomak 1.0.

Tamat sudah sesi konvoi seharian sempena pertabalan Yg Di Pertuan Agong ke 14. Sehingga berjumpa lagi di lain ride. KBCfb “We care..”

Advertisements