KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

” Jika kamu hitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya ”

(Al-Quran : Ibrahim ; 14:34)

Meskipun ada beribu-ribu doa, bacaan dan amalan oleh orang-orang Sufi, namun ada beberapa formula yang tertentu yang lebih darjat dan manfaatnya, seperti yang dikemukakan disini, yang digelar “Maqalad as-Samawi wal-Ard” yang bererti “Kunci Pembuka Khazanah Langit dan Bumi”. Meskipun khas untuk menyembuhkan penyakit – mengelakkan penyakit pada sehari bacaan itu diamalkan – faedah dari sebutan itu bukan terhad kepada penyakit badan sahaja tetapi juga penyakit yang lain, seperti tersebut dalam hadith.

Adalah dikhabarkan bahawa Uthman ibn Afan r.a. telah meminta penjelasan lanjut tentang firman Allah berkaitan dengan Kunci Pembuka Khazanah langit dan bumi ( yang tersebut beberapa kali dalam al-Quran), Nabi Muhammad s.a.w berkata kepadanya : ” Kamu bertanya kepada saya , yang orang lain belum bertanya, kunci pembuka khazanah Langit dan Bumi itu adalah sebagai berikut:-

Lailaha illa llahu wa-llahu akbar
Wa subhan Allahi wal-hamdulillahi
Wastaghfirullah alladhi la illaha illa hu
Wal awwalu, wal-akhiru, waz-zahiru wal batinu
Yuhyi wa yumit Wa Hua Hayyun la yumutu
Bi-yadihil-khayr wa huwa ala kulli shay’in Qadir

Ertinya :
Tiada yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar,Maha Suci engkau segala puji bagi Allah. Aku mohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan yang patut disembah melainkan dia. Dia yang awal, dia yang akhir, dia yang zahir,dia yang bathin, yang menghidupkan, yang mematikan. Dia yang hidup tanpa mati, padanya segala kebaikan dan ia berkuasa atas segala sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda. ” Wahai Uthman ! – Barang siapa membacanya 100 kali sehari akan dikurnia 10 faedah:-

PERTAMA : Segala dosanya yang lalu akan diampun.

KEDUA : Terlepas dari siksaan neraka.

KETIGA : Dua orang Malaikat dilantik untuk memeliharanya siang dan malam daripada penyakit dan kesiksaan.

KEEMPAT : Dia dikurniakan perbendaharaan rahmat dan berkat.

KELIMA: Dia mendapat pahala seperti orang yang membebaskan 100 orang hamba abdi daripada keturunan Nabi Ismail r.a.

KEENAM : Dia diberi pahala seperti membaca seluruh al-Quran, Zabur, Taurat dan Injil.

KETUJUH : Sebuah rumah akan didirikan untuknya disyurga.

KELAPAN : Dia akan berkahwin dengan seorang bidadari syurga.

KESEMBILAN : Dia akan dipermuliakan dengan mahkota kemuliaan.

KESEPULUH : Permohonan keampunannya bagi 70 orang saudaranya akan dimakbulkan.

Wahai Uthman !, kalau kamu mampu, janganlah lupa membacanya setiap hari, kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang berjaya dan melampaui orang-orang yang sebelum kamu dan selepas kamu.

Ehsan dari e-mail, copy paste for sharing.

3 responses to “KUNCI GEDUNG KHAZANAH LANGIT DAN BUMI

  1. Assallammu’alaikum…, Bacaan ini dibaca sekali sebelum mengamalkan sebarang amalan kesufian agar pengaruh yang jahat tidak dapat masuk. baik juga disertakan bacaan yang dapat menghindarkan syaitan. A’udhu bi Llahi min asy syaitanir-rajim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s