PROSEDUR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA

1. APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA?  
Anda hendaklah membuat laporan Polis di Cawangan Trafik atau di mana-mana Balai atau Pondok Polis berhampiran mengikut Seksyen 52 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Petugas di kaunter pertanyaan DIWAJIBKAN menerima repot mengenai kemalangan jalan raya.
  
2. APAKAH PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU UNTUK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENGENAI KEMALANGAN JALAN RAYA?  
Anda haruslah mengetahui tarikh, masa, tempat kejadian, bagaimana kejadian kemalangan itu berlaku dan kenderaan terlibat (jika ada) berdasarkan Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah.
  
3. APAKAH DOKUMEN YANG ANDA PERLU BAWA SEMASA MEMBUAT LAPORAN POLIS?  
Anda haruslah membawa kad pengenalan diri, lesen memandu dan cukai jalan manakala kad pendaftaran kenderaan dan polisi insuran kenderaan boleh diserah kemudian kepada pegawai penyiasat menjalankan siasatan kemalangan jalan raya itu.
  
4. APAKAH TINDAKAN PEGAWAI PENYIASAT (I.O) SEMASA ANDA MEMBUAT LAPORAN POLIS?  
Pegawai Penyiasat / Penolong Pegawai Penyiasat / Ketua Polis Balai atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya. Pegawai Penyiasat kes akan merakam percakapan anda dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan serta menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menyediakan rajah kasar sekiranya kejadian berlaku di kawasan pentadbiran Balai yang menerima repot.
    
5. BAGAIMANA JIKA KEMALANGAN JALAN RAYA TELAH BERLAKU DI LUAR DAERAH / KONTINJEN?  
Petugas kaunter pertanyaan yang menerima repot polis mengenai kemalangan jalan raya dikehendaki memaklumkan kejadian kepada Balai Trafik daerah berkenaan untuk mendapatkan nombor repot dan nama Pegawai Penyiasat bertugas. Pegawai Penyiasat atau mana-mana Sarjan di Balai yang menerima repot polis dikehendaki menjalankan siasatan awal bagi semua kes kemalangan jalan raya dengan mengambil tindakan merakam percakapan pengadu dan saksi, mengambil gambar kenderaan terlibat dan mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan sebelum menyerahkan dokumen siasatan awal kepada Pegawai Penyiasat Trafik di mana kemalangan tersebut berlaku dan Pegawai Penyiasat Trafik dari daerah di mana tempat kemalangan itu berlaku akan mengambil alih siasatan seterusnya.
 
6. BILA PEGAWAI PENYIASAT (I.O) AKAN MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN ATAU PERKEMBANGAN SIASATAN KEMALANGAN?   Untuk kes kemalangan maut dan cedera parah Pegawai Penyiasat akan memaklumkan dalam masa 30 hari selepas kemalangan manakala bagi kemalangan biasa ialah 15 hari selepas kemalangan. 
 
7. BILA DOKUMEN SIASATAN AKAN DIBEKALKAN KEPADA ANDA SETELAH MEMBUAT PEMBAYARAN?  
Salinan repot akan dibekalkan serta merta atau tidak melebihi 3 hari bekerja manakala bagi rajah kasar dan gambar kemalangan adalah tidak melebihi 15 hari.
Kemalangan

Kemalangan Tak Berbau

Pesanan penaja: Hati-hati di jalanraya, Ingatlah orang terrr… sayang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s