Cuti-cuti Malaysia – Pulau Pangkor, Perak

Cuti-cuti Malaysia – Pulau Pangkor, Perak

Feb 12, 2011. Weekend lagi…, Minggu sudahnya kengkawan Tiong Hua cuti panjang besempena CNY. Maklum lah semangat satu Malaysia, tambahan pula ber’Tauke’kannya. Ada jugak sipi-sipi angpow yg aku dapat; rejeki anak-anak & isteri-isteri.

Dalam pada tu ada gak kasi hangat isu tentang sambutan Hari Kekasih, org muda cakap Valentine. “Kalau dah tak nak dengar/ rujuk Ulamak ker Hustaz kerr, mmmm apa bleh buat, dah makin maju jugaklah jiran kita yang bertanduk tu…” x patutt…

Nak d’ kesahkan, minggu yg sama juga merupakan sambutan Maulidurrasul (Ini yang patut..).

Hmmm.. panjang lebar mukaddimah, oleh yang demikianlah trip kali nie luar dari tempat penginapan sementara.

Ready to go; Feb 12, 2011, Dari selatan tanah air menyusuri PLUS – Selatan>Utara. Sambil layan MP3 ngan radio hitz.fm (kekadang swap to hot.fm), penyampai bagi info ada big event kat Putra Jaya, Karnival Wow. So, apalagi dah alang otw, kitorang terus terjah kesana walopon masa tu matahari dah nak habis shift.

 

Karnival WOW 2011

 

WOW monocrom

Macam-macam gak ada kat karnival nie. Pada sesapa yang penah ke Jom Heboh, haaaa….. lebih kurang itu macam lah. Pamerannya, boothnya, promosi, jualan, makan-makan, jalan2 dan malam tu  jugak ada persembahan konsert (Tak tau konsert apa, aku blah awal, jauh lagi der… perlukan rehat secukupnya).

Perjalanan di teruskan ke penginapan bermalam; terima kasih kepada Sis & Bro in law yang di ingati selalu, Paya Lebar Satu, Shah Alam.

Subuh di Masjid Proton, Sec 27. Alhamdullillah pagi cuti umum telah di hidupkan dengan 3 baris saf berserta dengan tazkirah ringkas oleh imam bertugas. “Topic; Rasullullah”.

Dari Shah Alam, 9:00am, sekali lagi layan Highway di iringi GPS yang sentiasa bagi ‘warning awal’. Tepat jam 11:40am dapat parking di perkarangan KFC Lumut. Fuhhhhh… cuaca panas tak hengat; angin laut yobbb…

Jetty Lumut Ke Pangkor

Penjelasan dari Bro Helmi

Untuk tidak mencelarukan keadaan (maklumlah on the spot trip), aku contact runner “Bro Helmi – 012 5068 633, (Belasah jer aku release ctc no dia…)”. Kalau korang nak dapatkan advise tentang penginapan ke Pangkor boleh kot. Member aku yang kerja kat Lumut bagi No. runner ni.

 

Jetty Lumut; Ferry

Cerita punya cerita punya cerita, aku pilih Coral Bay Resort Pangkor, utamakan keselesaan. Rate dia pada waktu biasa RM 160.00. Dari tanah besar Jetty Lumut ke Pulau Pangkor dengan Feri; Tambang di kenakan hanya RM 10.00 two way, so pastikan simpan tiket untuk perjalanan balik nanti. Perjalanan menyusuri sebahagian selat mengambil masa lebih kurang 45 min. Bagi yang alahan dengan laut, option lain boleh lah book flight ticket.

Sesampai di jetty Pangkor; Suasana agak meriah juga dengan runner2 yang menghulur kan servis masing-masing, Di antaranya pengangkutan ke penginapan, sewa motor/ kereta dan ada juga yang nak hulurkan bantuan angkat beg. Apa-apahal pegi toilet dulu… Sebelum terlupa, toilet disini berkeadaan baik dan bersih, selesalah kiranya dengan harga RM 0.30 sekali masuk.

Untuk memudahkan acara sightseeing, kami memilih untuk menyewa kereta. Lepas nego, dapatlah Kancil dengan harga RM 70/day (Dengan bonus petrol masih setengah tangki – *yang ini x masuk pakej pun, kira nasib baik lah).

Dari Pekan Pangkor kami terus menuju ke Coral Bay untuk Check-in yang mana Bro Helmi dah booking awal-awal tadi.

 

Pangkor Coral Bay

Acara seterusnya ialah pusing pulau mencari kedamaian; Jalan kat sini perlu lebih berhati, banyak tempat susuri bukit, selekoh tajam dan jalannya agak sempit, ok lah tu, sesuai dengan Kancil Sebijak Anda.

 

Some nice view

Tempat tumpuan utama adalah ke pesisir Pantai; Pantai Pasir Bogak & Pantai Teluk Nipah. Fuuhhh.. nun jauh pemandangan Sunset,, INDAH BUMI TUHAN….

 

Waktu makan malam; kebanyakan restoran dan gerai-gerai di sini berkonsep santai dengan hidangan makanan laut. So kitorang pilih menu Nasi + Ikan Pari bakar + Laicheekang & Watermelon + Sayur campur. Dapatlah hilangkan penat ronda-ronda petang tadi.

Sesudah menikmati masakan pulau di iringi sepoi bahasa bayu laut, mata plak blink-blink tak tahan untuk mendapatkan bantal dan selimut empuk. Harap mimpi indah sementara menanti suria pagi besok bersama kicauan Enggang (Salah satu tarikan D’ Pangkor).

Bersambung… to be continue for 2nd day,

Kredit to ;

Coral Bay,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s