Berjalan Dalam Hujan: Johor Banjir

Berjalan Dalam Hujan:

“Jabatan metereologi turut mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat merah di beberapa daerah di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor yang dijangka berterusan hingga esok.” Petikan dari warta berita ASTRO 29 Jan 2011

Hari nie (29/01/2011, Ahad) dah masuk hari ke 2 hujan turun mencurah-curah di bumi Johor dan kawasan sekitar. Nampaknya memang tak kasi can lah kepada penoreh-penoreh yang akhir-akhir ini dok melanyak, ambil kesempatan dari kenaikan harga pasaran getah. Hinggakan ada laporan dari akhbar tentang kes pencerobohan, kecurian di kebun simpanan.

Pasukan Rela dan pak cik “Gad” pun di kerah untuk menjaga persekitaran kebun yang selama ini sunyi sepi bersama unggas. Konspirasi adanya nyamuk, pacat, harimau dan pelbagai lagi binatang buas juga turut di sanggah sama sekali. ; Penangan hasil tanah di bumi tuhan ‘GETAH

Uishh.. jauh melencong dah nie, memang gitu kalau dah dalam kedinginan macam ni, dia punya aura mengelamun boleh mengatasi halaju yang di benarkan.

Berbalik kepada kesah hari minggu aku, sebenarnya telah ada menerima jemputan majlis walimatul urus ber-lokasi di Tangkak. Salah satu daerah di Johor yang bersempadan dengan Melaka, iaitu Jasin. Anak penghulu Kg Serom 8

Tanpa berlengah terus ke menu GPS dan setelah di tekan-tekan, perjalan dari sempadan Singapura memerlukan jarak 183 kilometer untuk sampai ke destinasi. Dalam deraian hujan yang mencurah kami teruskan juga hasrat untuk menyambung persaudaraan insani dengan penuh semangat silaturrahim, keikhlasan telah menidakkan segala kemungkinan walaupun our sweet doter got flu, selsema main ujan.

 

My sweet daughter

Sepanjang perjalanan hujan berterusan dan kadang kala di selit dengan lebat sangat-sangat hingga jarak penglihatan kurang dari 10 meter. Bahayaa ooo……

Sebelum sampai di R&R Machap, ada dua kejadian kemalangan berasingan yang mana meibatkan Proton Wira dan satu lagi Pacuan 4 roda. Dua-duanya telah tersadai dalam longkang lebuhraya. Mungkin telah terbabas dengan keadaan jalan yang tak henti-henti menadah hujan. Seketika, kelibat kereta yang ber ‘Plat No.’  negara jiran terus meluncur laju tanpa pra-sangka. Diorang ni ‘ada’ double standard ke???

 

Di R&R Machap, berehat seketika bersama Kit Kat. Dalam kesejukan musim hujan di tambah dengan air-cond sepoi-sepoi bahasa, selera ini bagaikan membuak-buak. Dah tak boleh tahan, memang kena take lunch dah, kenduri tu jauh lagi. Melangkah ke food court, perghh ramai jugak manusia travel walaupun hujan2 macam nie. Paling aku x boleh lupa kitorang order “Nasi Talam”. Sebenarnya aku sendiri yang letak nama nasi tu, sebab semua menu di gerai ini di hidangkan dalam talam. Belasah jer…, janji halal J

 

Nasi Talam; Macap mari..

 

Marvelous Curry House

½ jam bercanda di ‘Curry House’ bersama nekmat secawan kopi panas, kami meneruskan perjalanan sehingga sampai exit Pagoh. Kiri kanan jalan di hiasi dengan pemandangan mulus dek kerana paras air hujan yang seakan menerjah tebing.

 

Setelah lebih 2 jam perjalanan, sampailah rumah Ketua Kampung &&&& dan di sambut mesra siap dengan d’payungkan lagi, (perghh.. macam raja sehari la plak). Tapi kalau x der payung ni, alamat basah kuyup aku anak beranak. Hhehee.. ok jugak kalau pegi ziarah masa musim hujan nie, dapat layanan mesra tahap carpet kuning.

 

Ketua Kg Serom 8

 

Masa kitorang sampai tu dah tak ramai tetamu, maklumlah dah petang. Pengantin pun dah nak masuk bilik..,,. Sedang dok bercerita tu, pengantin pompuan ropanya dari sebelah pantai timur, Kelantan negeri bertuah (Up sket,.). Dari apa yang aku dengar dari warga senior (Orang lama) kalau majlis di iringi hujan, maknanya pengantin terlebih makan BUDU. Entah betul tidaklah teori tu atau rekaan semata-mata, nak meriahkan lagi majlis kott….

Bercerita tentang majlis kawen semasa musim hujan, teringat aku masa majlis kawen rumah mertua di K. Krai, walimatul urus kakak ipar 2 tahun lepas. Dari pagi sampai petang hujan terus mencurah bagaikan menguji kesabaran pengantin untuk ke adengan seterusnya. (Harap korang jangan berfikiran yang bukan-bukan, blog aku ni berkonsep bebas dari gejala kurang sehat).

 

Pengantin dalam hujan

Bersambung… (Agenda ke masjid Tangkak)

One response to “Berjalan Dalam Hujan: Johor Banjir

  1. Pingback: Cuti-cuti Malaysia – Pulau Pangkor, Perak « Kredit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s