Trip ke Kukup & Seafood’s dinner @Tanjung Piai.

Hujung Asia; Huh dah boring layan citer TV dan DVD cetak rompak separuh hari, tetiba rasa cam dah tepu fikiran, asyik dok melepak kat dalam rumah. Hhmmm.. masa  aku aku tengah dok buat rutin mingguan housekeeping tadi, adalah Mat Bangla bagi salam, pas tu gitau “ Bang itu rumput sudah bnyak panjang, kasi mesein habes lah…”. Lepas nego, dapatlah RM15 sekali dengan dia buat clearance.

 

Pembersihan laman

Sambil tu aku surfing tenet dan tervisit lah blog Tanjung Piai . Idea yang bagus gak nie, at least adalah aktiviti untuk untuk kami (Wife & little doter). Diorang nie ‘On’ jer kalau aku menyurakan pendapat untuk pergi ambik sightseeing.

Dari Pasir Gudang, 1616 terus menyusur highway dengan bantuan mobile GPS. Dah jadi cam kebiasaan, jalan nie memang tak sah kalau tak ada excident, tambahan kalau musim hujan cam skrang nie. So kenalah sentiasa berhati-hati dan selalu ingat orang yang tersayang.

 

Lori terbabas @Pasir Gudang Highway

Dah sejam lebih perjalan, kami singgah jap utk Fardhu Asyri di salah sebuah Masjid Jamek Kg Parit Raja. Masjid ini amat terjaga rapi dari segi kebersihan dan susun aturnya. Di papan kenyataannya ada menyatakan ia telah telah siap di tubuhkan pada tahun 1959. Perghh… lama dah tu, 2 tahun selepas tanggal keramat 31/8/1957.

 

Masjid pra-merdeka

Di negeri Johor ni memang terkenal dengan produk tanaman Nenas, munkin sebab itulah ada Muzium Nenas kat pontian nie, selain itu tu ada juga Muzium Bugis kat sini, tapi aku tak pegi situ pun, next trip lah.

Dengan kilometer 92km (Dah jadi satu marhalah J) kami sampai di Jeti Feri Kukup. Kat sini munkin boleh di katakan syurga bagi penggemar Seafood. Kebanyakan restoran menyediakan makanan ala2 atas laut dengan pemandangan perkampungan nelayan. Tersapa aku dengan Pak Ali yang berkerja di jeti tersebut. Katanya, jeti nie menyediakan transit untuk ke Tg. Balai dan hari ini majlis pelancaran untuk ke Pulau Batam. Dari pagi tadi ada tiket feri free untuk ke Batam bersempena pelancaran pembukaan.

 

Sunset @jetty Kukup

Selain itu di sini juga ada menyediakan chalet yang berharga sekitar dari RM70 – RM90 untuk kaki pancing melepaskan hajat masing-masing.

Perkampungan nelayan

Destinasi seterusnya adalah Resort Tg Tanjung Piai.

“Tanjung Piai adalah satu lokasi yang terletak di penghujung Tanah Besar Asia -1.26,103.5-.“

So, secara langsung telah menjadi eyes in the world, so rugi jugaklah kita orang Malaysia yang tak pernah sampai kat sini, especially kepada pencita Geography. Hahahaaaa…. nanti aku nak tanya ex-teacher geografi aku masa form 3.

Anyway, kita layan seafood dulu, dari petang tadi lagi dok mengidam Ketam Butter, Sotong goreng tepung, Sup campur berserta Jus Buahan. Jemput makan di Tg Piai Resort dengan tawaran harga yang berbaloi baloi.

Jalan-jalan test menu,

Selamat menjamu selera, yum yum yum…

Kredit to: Tanjung Piai Resort

One response to “Trip ke Kukup & Seafood’s dinner @Tanjung Piai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s