Balik Kg January 2011 (Part 2 – Versi Debaran)

Article mengisi masa lapang aka Diary 2011. Sambungan part one, here.
Lanjutan dari posting Pinjaman PTPTN, here one of main objective trip new year adalah untuk menghadirkan diri ke mahkamah majisteret berkenaan dengan isu saman yang telah di failkan di mahkamah Majisteret Tumpat Kelantan.
Seawal jam 08:15 aku dah terpacak kat sana di iringi oleh Bonda di sayangi, isteri di cintai dan puteri tunggal yang amat di kasihi. Diorang ni telah bertindak sebagai pembakar semangat. Heheheee… (Actually next destination adalah ke pasar Tumpat & Bebas cukai Pengkalan Kubur).

Sebahagian Pasar Tumpat


Sementara tunggu Tuan Majisteret dan mahkamah bersidang sempat lah jugak aku saksikan beberapa babak yang biasanya tersiar dalam berita TV.

Pertama; Sorang polis datang dengan landrover PDRM dan turunkan sebuah motosikal jenis Honda EX5 dari boot. Cerita punya cerita dia cakap barang kes kemalangan melibatkan kematian. Dia siap tunjuk helmet yang di penuhi dengan darah serta motosikal yang dah tak ada rupa motor lagi dah. Katanya mangsa pecah kepala dan meninggal di tempat kejadian. Bagaimanalah nasib keluarga tu yer. Kepada penunggang di luar sana pandulah hati2 dan ingatlah orang tersayang. Jangan sia-siakan anugerah yang di beri.

Kedua; Sliding pintu van PDRM di tarik kebelakang, kemudian melangkah lemah 6 remaja (Aku anggarkan awal 20an) siap ada rantai bertaut antara satu sama lain di iringi oleh pegawai polis.  Siap pakaian lokap warna unggu. Yang ini aku tak pasti apa kes nya. Suasana tiba-tiba menjadi muram dan sedih dengan keluarga suspek menitiskan air mata kesedihan, sayu, tiada apa yang boleh di lakukan pada tahap tersebut.

Berbalik kepada sebutan kes PTPTN, ada lagi 5 orang. 4 lelaki (termasuk aku.. hehehe) dan 1 wanita. Dah masuk dalam mahkamah yang mulia dan mengikuti prosiding macam biasa,  berdiri hormat masa tuan majistret masuk; Pertuduhan di baca dan faham. Hakim jatuh kan hukum. “Setelah di baca perrtuduhan terhadap kamu dan kamu telah fahami dan mengakuinya, oleh itu sila rujuk kepada peguam lantikan PTPTN untuk proses selanjutnya.” Heheeheee.. dah selamat satu perkara, boleh balik.
Sebelum masuk dalam perbicaraan tadi, awal2 lagi aku dah riki line dengan lawyer tu. So dia dah cakap lah procedure cemana nak settle kan bayaran secara ansuran.

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Duit duit...♫♫ ♥ ♫

Next, nantikan episod seterusnya dalam “versi Gila & Sedih bangat.” Kesah aku merempit dalam bandar tanpa helmet dan terlepas flight…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s