Malam Jumaat

Malam Jumaat

Jumaat datang lagi, heheheee macam iklan Tora.

Sekejap jer, pejam celik dah seminggu menjalankan rutin harian, tak lama lagi dah nak masok tahun baru 2011. Bercerita tentang malam jumaat, tambahan pula musim cuti sekolah dan musim hujan malam, pastinya ramai yang cenderung mengaitkan dengan agenda seks.

Umumnya masyarakat telah telah terbiasa dengan mitos yang popular (pendapat personel aku). Persoalan ini munkin terjawab dengan dalil yang telah di perincikan oleh syara’

“Isteri-isteri kamu adalah ladang untuk kamu bercucuk tanam, maka datangilah ladang kamu itu sebagaimana yang engkau sukai” Pada pendapat aku, ayat tersebut tidak langsung menyentuh tentang hari yang di sarankan untuk bercucuk tanam.

Sambil dok layan minum kopi jantan Teh-0 yang isteri tercinta sediakan nie, teringat masa zaman sekolah dulu. Kat sebelah pantai timur hari jumaat ni merupakan cuti umum. Jadi hari jumaat ni lah hari bahagia budak2 sekolah, dapat layan tido, katun dan main  yang secukup-cukupnya. Zaman2 tu masih lum ada internet, video game yang canggih2, paling famous pun game susun bata; tetris.

Dah meningkat remaja skit, hari jumaat nie adalah hari outing untuk penghuni asrama. Geng2 anak mak, parent datang jemput dan kluar ke taman2, makan bersama dan sedikit sesi motivasi. Bagi yang kenal dunia sket, dah pandai cintan2 dengan erti kata dating monyet. Layan fast food, restoran ala2 candle light berserta lontaran sumpah setia, ungkapan kata bernafas cinta. Cewahh… cerita panjang2 x guna, nanti kang x psal2 kantoi, terus tido luar. Hahahaaaaa..

Secara umumnya hari JUMAAT nie merupakan hari agung kepada umat islam. Sepertimana yang kita ketahui, kaum yahudi telah mengagungkan hari sabtu dan hari ahad pula merupakan keraian di gereja bagi penganut Kristian.

Lalu, berbanggalah kita sebagai umat islam kerana Jumaat nie merupakan hari yang istimewa sepertimana yang telah di firman dalam al-quran surah Al-jumu’ah.

Selain itu, Rasullullah S.A.W juga bersabda;

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan yang terbesar di sisi allah. Ia adalah hari yang lebih besar di sisi allah daripada hari Eidulfitri” Riwayat Abdullah Bin Munzir

Ringkasan peristiwa penting hari jumaat.

  • Moyang umat; Adam di cipta
  • Pada hari itu juga dia di keluarkan dari syurga dan kewafatannya
  • Dan pada hari itu terdapat satu masa di mana tidaklah seorang hamba itu meminta sesuatu dari Tuhannya melainkan akan dikurniakan kepadanya selagi dia tidak meminta yang haram.
  • Terjadinya hari kiamat

Hadis Nabi s.a.w,

“Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat, kemudian mengambil wudhu dengan sempurna untuk mensucikan diri, kemudian memakai minyak rambut dan mengemaskan dirinya, kemudian menggunakan wangian pada pakaian yang dipakainya dan keluar datang ke masjid, tidak menyakitkan antara dua orang, tidak mengganggu ketenteraman orang lain dan kemudian ia bersembahyang dan terus bersembahyang dan terus bersembahyang seberapa banyak yang dia termampu kemudian ia diam ketika imam keluar dan ketika khatib membaca khutbah; Maka  orang yang buat seperti itu, Allah akan memberikan pengampunan kepadanya dari hari Jumaat ini kepada Jumaat yang akan datang.” Riwayat imam Bukhari

Dan lagi.., sabda rasulullah s.a.w;

“Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah”

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.

Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma’uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 – 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Wallahuaklam..

Unforgettable Kredit to;  Soal Jawab Agama, Rahsia Jumaat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s