Pinjaman PTPTN; Bayaran Ansuran

“Bersama-sama ini saya sertakan satu (1) salinan termeterai Saman bertarikh 01hb November 2010 serta satu (1) salinan Pernyataan Tuntutan bertarikh 10hb Ogos 2010 serta notis Kehadiran.”

“Mahkamah Majistret telah menetapkan sebutan kes ini pada 03hb Januari 2011 pada pukul 8.30 pagi dan pihak tuan telah di wajibkan hadir pada tarikh tersebut.”

Terkedu jugak aku melayan baca surat tawaran yang pedas dari Advocates & Solicitors lantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, PTPTN.

Langsung aku teringatkan masa mula nak study dulu, bukan main nak rak dok naik turun naik turun untuk dapatkan pinjaman. Masa tu memang berniat pinjam nak bayar, bagi apa pun terus tandatangan, tak cukup dengan tu habis contact untuk dapatkan tandatangan penjamin. Masa tu memang susah nak dapat pinjaman, al-maklumlah ekonomi tengah merundum, gawat. Aku apply loan nie tahun 1998, setahun kemudian baru dapat. Meeemangg suffer.

Pada zaman-zaman tu caj perkhidmatan (tak di panggil interest) di kenakan sebanyak 4% dari jumlah keseluruhan. Kemudian di turunkan kepada 3% dan baru-baru nie telah di turunkan lagi kepada 1%, (tapi kepada pelajar yang belum merima apa-apa surat saman).

Dari situlah aku rasakan masih ada transformasi kerajaan yang masih di simpan iaitu meng “convert” kan pinjaman tersebut kepada biasiswa… who know the future situation kan?

Tapi belum pun sempat aku sediakan payung, mendung berarak telah pun menitiskan kesayuannya, sekarang hanya tunggu banjir melanda. Pergh… sekali sekala bermadah dalam hujan.

Air mata

Sedih...

Susulan dari itu aku telah mengarang baik surat rayuan kepada perbadanan untuk membuat pembayaran secara ansuran. Harap-harap dapat lah pihak pengurusan perbadanan mepertimbangkan permohonan tu.

Mutiara kata ;

Rasulullah s.a.w bersabda yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah yang maksudnya :

“Sesiapa mati, sedangkan dia masih menanggung hutang satu dinar atau satu dirham, maka akan diambil ganti daripada kebaikannya, kerana di sana tidak ada dinar dan tidak ada pula dirham”. Di petik dari laman web PTPTN.

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN

Surat rayuan bayaran ansuran PTPTN-2

Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan keceriaan. Nantikan susulan jawapan dari Mahkamah Majistret dan PTPTN

11 responses to “Pinjaman PTPTN; Bayaran Ansuran

  1. Pingback: Balik Kg January 2011 (Part 2 – Versi Debaran) « Kredit

  2. salam..saya nak tanya..mcmmne progress ngn rayuan bayaran ansuran tu…ptptn consider x kalo kte mntk wt rayuan..sy pon ade kes yg sme…

  3. salam..thanks share isi surat rayuan ni..saya pon ada masalah yang sama gak..baru jek tadi penjamin contact kata dapat surat ala2 camtu…pelik gak penjamin no2 yang dapat dlu suratnya..saya satu warning or surat ape pon tak dapat…huu…

    saya pinjam ek isi ayat surat tu..saya tak pandai mengarang surat ni..BM pon dah bersepah..😀

    harap2 orang TM pon boleh terima gak rayuan saya ni..huuu…

  4. tq …sbb beri idea…sbb jabatan peguam dah beri surat nak saman, so wat rayuan dulu ke naik mahkamah……….please give me idea

    • Seelok prosidur kena buat surat rayuan & perkuan jadual pembayaran balik untuk. Kerana prosiding mahkamah akan lebih lancar skiranya kita dah ada black & white.

  5. Lily; Masa g check ngan PTPTN akhir tahun 2011, perlu bayar at least separuh dari jumlah pinjaman, sebab kes dah lama sangat. Ansuran perlu buat SI(Standard instruction dengan bank)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s