>Hukum Quran Dlm Handphone

>
الحمدلله والصلاة والسلام علي رسول الله وبعد
Salam, ada terdetik kat pikiran aku yg jahil nie pasal kesinambungan alquran electronik. Al maklumlah skang nie canggih mangeh dah blaker. Nak d’ceritakn, aku ada install free software yg memuatkan satu qoran dlm aku nyer Nokia (connecting people). So bila2 maser jer boleh lah wat rujukan (perh mcm alim la plak). Bagus nyer, ada satu hari tu d’jemput kerumah kenalan tuk hadirkan diri ke majlis tahlil, pas tu aku di kirakan org yg paling awal sampai lah. D’kesempatan itu duduklah aku kat sebelah nyer pak imam & bilal. Oleh yg demikian, masa diorang distribute naskah yassin tu, x pulak diorang pass kan kat area segerombolan bilal & imam niee.. Huhuuuu…. nie kes naya nie. Nak cakap aku ngafal satu surah yassin tu, memang bohonglah. So, x semenanya aku teringatkan aku nyer gadget nokia tu. ;moral of the story, simpanlah benda2 yg berfaedah dlm tepon tu, jgn penuhkan memory card tu ngan nikmat dunia semata2.

Dlm pada tu aku gak ada buat research kat beberapa laman sesawang nie pasal hukumnya; masuk toilet, wuduk n sbagainyer dengan qoran electronic.



Dr. Husam Affanah, Prof Fiqh dan Usul Universiti al-Quds, Palestin telah membuat kajian secara ringkasnya adalah seperti berikut:
1.Tidak syak lagi al-Quran yang kita dengar dari CD merupakan al-Quran yang diturunkan oleh Allah swt. Namun ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran dari sudut tidak boleh disentuh kecuali dalam keadaan berwudhu’ menurut pandangan kebanyakan ahli ilmu. Adalah harus menyentuh CD kerana al-quran yang terdapat di dalamnya tidak disimpan dalam bentuk huruf-huruf al-Quran tetapi ia disimpan dalam bentuk sistem binari. Iaitu satu sistem yang menggunakan kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit…. rujuk huraian pakar dalam bidang ini.
2.Begitu juga dengan al-Quran yang terdapat dalam handphone, ia tidak mengambil hukum mashaf al-Quran yang memerlukan wudhu’ untuk menyentuhnya seperti mazhab kebanyakan ahli ilmu.
3.Ini ialah kerana tidak terdapat huruf-huruf al-Quran di dalam handphone tersebut kerana ia disimpan dalam bentuk sistem binari yang menggunakan kod-kod tertentu dan setiap kod mengandungi 8 digit….dan begitulah seterusnya seperti huraian pakar dalam bidang ini. Perkara ini adalah seumpama seorang yang hafaz al-Quran memasuki tandas dalam keadaan al-Quran berada dalam jiwanya.

Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan Fatwa Arab Saudi telah mengeluarkan fatwa seperti yang dinyatakan oleh Dr Umar bin Muhamad as-Sabil rahimahullah: Apabila dirakam al-quran ke atas kaset dengan segala jenisnya seperti tali keset, video dan CD yang digunakan di dalam komputer atau seumpamanya, maka adalah harus bagi seorang yang berhadas kecil atau hadas besar menyentuhnya. Ini ialah kerana kaset dan yang seumpama dengannya tidak dinamakan mashaf (al-Quran) kerana al-Quran tidak boleh dibaca secara terus (direct) daripadanya. Adapun al-Quran yang didengari atau dibaca daripadanya adalah dengan bantuan alat-alat khusus yang lain. Oleh itu kaset-kaset ini tidak terpakai padanya seperti hukum menyentuh mashaf al-quran yang mesti berada dalam keadaan suci. Begitu juga fatwa yang telah dikeluarkan oleh Ahli-Ahli Lujnah Daimah untuk Kajian Ilmiah dan
Fatwa Arab Saudi yang diketuai oleh Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

Teks fatwanya ialah; “Tidak mengapa membawa atau menyentuh kaset yang dirakam di dalamnya al-Quran bagi orang yang sedang berjunub dan seumpamanya, sekian Wabillahi at-Taufiq”.
So, sebagai konklusinya, tidak ada masalah lah kalau xder wuduk utk menyentuh qoran  nie.
Setakat nie lah dulu, nanti sambung lagi.

Wallahualam…

2 responses to “>Hukum Quran Dlm Handphone

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s