AMALAN KHURAFAT DALAM MASYARAKAT MELAYU.

Biar Mati Anak? Jangan Mati Adat!… Berikut adalah di antara amalan-amalan yang masih di per-adatkan oleh sesetengah pihak tanpa mengira nas-nas dan hukum syarak.

Biar Mati Anak Jangan Mati Adat

Budaya Dunia

1. Majlis bersanding; apabila ada majlis perkahwinan dengan upacara persandingan yang seolah-olah satukewajipan, sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkanDewa Rama dan Dewi Sita.

2. Kenduri kerana kematian; Begitu juga apabila ada sesuatu kematian, dan selepas kematian mestidiadakan kenduri masuk kubur, 3 hari ( makan serabai ), kenduri pecah perut pada hari ke 7,kenduri 40 hari iaitu ruh berpisah dengan waris dan kenduri 100 hari iaitu turun batu nisan dan bagi ruh itu memasuki dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.Kebiasaannya orang yang menghidup dan memainkan peranan utama dalam hal ehwaladat istiadat Masyarakat Melayu dan perkara-perkara Khurafat yang menyeleweng dan  bertentangan dengan Syariat Islam ini adalah terdiri daripada Tok Bomoh, Tok Pawang, Mak Bidan, tok dukun, tok guru latihan pertahanan diri, mak andam dan seumpamanya. Perananmereka dalam menghidupkan adat istiadat dan perkara Khurafat ini bergantung kepada Bidangmasing-masing. Antara Contoh-contoh adat istiadat dan perkara Khurafat yang sering dilakukanoleh orang-orang Melayu sampai sekarang antaranya ialah seperti :-

3. Mendirikan Rumah Baru; Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah sepertimengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi / emas / perak /tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumahtersebut.Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh Tok Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada diganggu oleh Jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepadasemua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacaramenjamu Jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghunirumah itu.

4. Upacara Menurunkan perahu / kapal yang baru ke laut.; Upacara ini di lakukan oleh Tok Bomoh dengan harapan perahu / kapal tersebut selamatdaripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukandengan perahu itu dipulihkan dengan jampi serapah dan mentera dengan menggunakan tepungtawar dan sebagainya.

5. Kenduri tolak bala.; Kenduri ini di lakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Tok imam di jemput untuk membaca doa dan Tok Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana juadengan syarat :-i. Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis tersebutii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.

6. Upacara Persandingan.; Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di manamempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama danDewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Tok Bomoh sebagai pengiringnya. Keduaduamempelai ini di arak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memujaDewa Rama dan Dewi Sita, dengan sebab itulah pengantin baru di gelar sebagai Raja Sehari.

7. Mengandung / Kelahiran bayi; Sebelum ibu melahirkan anak, Mak Bidan di jemput untuk mengadakan upacara Lenggang perutSemasa kelahiran bayi persiapan di buat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalahselama 45 hari.

8. Adat meninggal dunia dan selepas kematian.; Semasa seseorang meninggal dunia Tok Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat kekubur diadakan pula kenduri masuk kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kendurimakan serabai ( sejenis kuih ). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri 100hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di alamkubur.Sebenarnya memperbanyakkan sedekah walau apa cara sekalipun, asalkan tidak menyalahisyarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak dengan diniatkan pahalasedekah itu untuk disampaikan kepada aruah-aruah orang yang telah mati daripada orang-orangIslam oleh waris-warisnya yang masih hidup, adalah memang menjadi amalan kebanyakanulama-ulama mazhab khasnya di Asia Tenggara daripada dahulu hinggalah sekarang.

9. Upacara membuka gelanggang latihan pertahanan diri.; Upacara ini biasanya di lakukan oleh tok guru latihan pertahanan diri yang juga merupakanseorang Tok Bomoh yang dilakukan supaya pelatih-pelatih latihan pertahanan diri di gelanggangtersebut tidak mendapat sebarang kecederaan semasa berlatih. Antara alat dan upacara yang dilakukan ialah seperti menyembelih seekor kambing atau ayam hitam dimana darah ayam dankambing tersebut di semah di sekeliling gelanggang. Sesetengahnya menyapu darah tersebut ditapak kaki pelatih latian pertahanan diri. Selepas itu Tok Bomoh tersebut akan menyeru namanama panglima tertentu seperti Panglima Hitam dan sebagainya. Akhir sekali Tok Bomoh tersebutakan mengasapkan kemian di sekeliling gelanggang dengan tujuan untuk menghalau hantu-hantu jahat daripada menghampiri gelanggang latihan pertahanan dirinya.

10. Cucu Jin; Salah satu adat lagi yang sering di peringatkan oleh orang-orang tua kepada anak-anak mudamereka jika hendak membuang air semasa di dalam hutan atau di tempat-tempat yang sunyi ataudi padang-padang atau ketika hendak melalui sesuatu kawasan atau pokok besar hendaklahmeminta izin terlebih dahulu daripada Jin atau penunggu yang kononnya menunggu tempattersebut dengan menyebut ´ Minta tabik tok nenek, anak cucu tak tahu bahasa, nak tumpangkencing ” atau ” Minta ampun tok nenek anak cucu nak tumpang lalu “. Kononnya jika tidak meminta izin kemungkinan orang tersebut akan di sampuk oleh penunggu tempat tersebut.Kesemua adat-adat di atas sebenarnya adalah campuran daripada pengaruh agama Hindu, agamaBuddha dan adat istiadat orang-orang Asli yang memuja roh. Adat-adat tersebut masih kuatdiamalkan dalam budaya orang Melayu, yang menyangkakan sebahagian daripada adat Melayuyang tidak bertentangan dengan agama Islam, tetapi sebenarnya adat istiadat dan budaya tersebutterang-terang bertentangan dengan Islam.Contoh Peralatan dalam pemujaan Jin Yang biasa dilakukan oleh Tok Bomoh, Tok Pawang danseumpamanya.Peralatan yang sering digunakan oleh Tok Bomoh dalam pemujaan Jin yang kononnya dikatakansebagai salah satu upacara dalam adat istiadat Melayu yang tidak boleh ditinggalkan antaranyaadalah seperti berikut :-

11. Puja Kubur.;  Puja kubur adalah sebahagian daripada amalan sesetengah orang Melayu yang masih tebal dengan adat istiadat dan tradisi Melayu kuno dengan agama Hindu puja Dewa. Mereka percaya bahawa penghuni kubur itu boleh menghasilkan hajat mereka apabila di minta terutamanyaapabila mereka berada di dalam kesusahan.Kebiasaanya beberapa jenis makanan atau ” jamu ” seperti ayam panggang, bertih, pulut kuning, pisang emas dan lain-lain lagi di bawa dan diletakkan di atas kubur itu sebagai jamuan untuk  penghuni kubur tersebut, sebelum meminta sesuatu hajat, yang hakikatnya adalah untuk ” jamu “Jin . Yang jelas di sini sebenarnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang mahumenyesatkan mereka.

12. Keris, Kemian dan Limau.; Keris sering dikaitkan dengan latihan pertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan kemashuran.Kebiasaannya banyak daripada keluarga orang Melayu yang mempunyai atau menyimpan kerissebagai sebahagian daripada barang pusaka yang perlu di pelihara dan di jaga dengan baik.Keris tersebut perlu dimandikan dengan limau dan di asapkan dengan kemian serta di balutdengan kain kuning atau hitam dan di simpan di tempat yang selamat. Pemujaan keris iniselalunya di buat pada malam jumaat dengan bacaan mentera dan jampi-jampi tertentu.Pemujaan itu dilakukan dengan tujuan untuk memelihara kekuatan keris tersebut, supaya penjaga( saka ) keris itu tidak menggangu keluarga mereka dan sebagainya. Sebenarnya keris tersebuttidak mempunyai apa-apa kuasa kerana ianya adalah merupakan besi semata-mata tetapi yang berperanan terhadap keris tersebut, sebenarnya adalah terdiri daripada Jin yang menjadi khadamkepada keris tersebut.

13. Ancak.; Ancak di buat daripada buluh yang hampir sama dengan sangkak. Ada juga terdapat ancak yangdi buat daripada daun pisang yang di isi dengan pulut kuning, bertih, ketupat dan sebagainya.Ancak juga di gunakan sebagai ” jamu ” untuk Jin keturunan atau Jin penjaga kampung supayatidak menggangu anak cucu atau penduduk kampung tersebut pada tahun itu. Kepercayaanmenjamu dengan menggunakan ancak ini masih ada sehingga ke hari ini terutamanya bagimereka yang masih ada lagi atau berpegang dengan saka atau Tok-Nenek atau Jembalangjembalangketurunan.

14. Sanggu; Sanggu atau sampan biasanya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atauseludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok. Di ambil upih atau seludang itu mestilah pada waktu senja.Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah mataharinaik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi-jampi tertentu. Tujuan pemujaan Jin yang menggunakan sanggu ini kebiasaannya adalah untuk memuja Jin keturunanatau saka.Perkakas dan alat ” jamu ” yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar,lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

15. Sangkak; Sangkak pula di perbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnyadiletakkan seekor ayam panggang yang telah di proses dengan syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai ” jamu ” bagi Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atauJin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampung tersebut pada tahun itu.Kemian diletakkan bersebelahan dengan sangkak tersebut sebagai bauan wangi yang sangat disukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.Terdapat dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti olehmajlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula makaianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampiserapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

16. Pemujaan Tanduk Kerbau.; Tanduk kerbau sering dijadikan bahan pemujaan oleh sesetengah kumpulan orang yangmempercayai akan kuasa yang ada padanya. Adakalanya digunakan dalam majlis-majlis tertentuseperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis.Kepercayaan ini sebenarnya ada hubungan dengan kepercayaan puja Dewa bagi satu puak diTanah Jawa, yang mempercayai adanya kuasa pada tanduk kerbau itu apabila di puja dan disembah. ( sebenarnya adalah kuasa Jin )Pemujaan tanduk kerbau sering dikaitkan dengan sesuatu keturunan. Namun apa yang jelastanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau” jamu ” kepada Jin tersebut. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung tersebut atauanak cucu orang yang berkenaan.Biasanya tanduk tersebut diletakkan di atas suatu tempat tertentu, di atasnya di nyalakan lilin.Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnyadihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Tok Pawang atauTok Bomoh akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah tertentuuntuk memanggil Jin berkenaan. Kadang kala apabila Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh Tok Pawang atau bomoh tersebut, dan bomoh itu akan bercakap sesuatu atau memberi nasihat atauamaran kepada mereka.Ringkasnya pemujaan-pemujaan seperti yang dilakukan di atas adalah terang-terang bertentangandengan agama Islamyang mulia dan semata-mata perkara Khurafat yang mesti kita jauhi demikeselamatan dan kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezekimanusia sebenarnya telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan,kesihatan dan keselamatan mereka.

Namun demikian, ADAT juga merupakan satu khurafat yang boleh membawa kesesatan, tidak kira adat tersebut selari dengan islam atau pun tidak.

Contohnya… amalan memberi salam adalah amalan yg mulia, tetapi sekiranya seseorang memberi salam kerana ia menganggapnya sebagai satu adat, maka amalan salam tersebut tidak lagi menjadi suatu ibadat kepadanya. (Membuat sesuatu yang baik tetapi tidak diniatkan kerana Allah) “adat orang melayu, pergi rumah orang mesti beri salam” perkataan adat disitu menunjukan ia bukan lagi satu ibadat.

SETIAP PERKARA YANG DILAKUKAN MESTILAH KERANA IA SATU IBADAT, DAN BUKANNYA KERANA ADAT. Innama na’malu binniat…

Kredit to ;   potai79

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s